"Sepatutnya jumlah anak saya ada 44 orang. Tetapi 6 telah meninggal dunia dan yang tinggal bersama saya hanya 38 orang," katanya.
Mariam melahirkan enam pasang anam kembar dua, empat pasang anak kembar tiga, tiga pasang anak kembar empat dan seorang anak. Anak yang paling berusia 23 tahun dan yang paling muda berusia 4 bulan.
Mariam melahirkan enam pasang anam kembar dua, empat pasang anak kembar tiga, tiga pasang anak kembar empat dan seorang anak. Anak yang paling berusia 23 tahun dan yang paling muda berusia 4 bulan.
Mariam berkahwin pada usia 13 tahun dengan suaminya berusia 40 tahun. Pada awalnya, Mariam hanya mahu enam orang anak sahaja, tetapi disebabkan dia menghidap masalah kesihatan yang jarang berlaku (hyper ovulation), setiap kali dia mengandung, sama ada melahirkan anak kembar dua, kembar tiga dan kembar empat atau lebih lagi.
Katanya, itu bukan perkara pelik kerana dia pernah melihat perkara itu berlaku.
"Ayah saya juga mempunyai 45 orang anak bersama beberapa isterinya yang melahirkan anak kembar dua, kembar tiga, kembar empat dan kembar lima," katanya.
Doktor Charles Kiggundu, Pakar Sakit Puan di Hospital Mulago berkata, tidak mustahil Mariam telah mewarisi genetik bapanya.

Mariam sebelum ini pernah cuba merancang kehamilan, tetapi hasilnya tidak memberansangkan. Pengambilan pil dan suntikan perancang keluarga tidak pernah berjaya.
"Saya juga pernah mencuba menggunakan gelang faraj (vaginal ring) tetapi badan saya memberikan tindak balas yang negatif. Saya hampir mati dibuatnya dan akhirnya berputus asa," katanya.
Kesemua anak-anaknya adalah hasil hubungannya dengan lelaki yang sama. Namun lelaki itu tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan menghilangkan diri. Mariam menguruskan dan menyara anak-anaknya itu seorang diri dengan melakukan kerja-kerja kampung.
Walaupun setiap hari berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, Mariam berkata, 38 anak-anaknya itu adalah satu rahmat, bukannya bebanan. - The Reporter
Sumber : GengViral
Sumber :
EmoticonEmoticon