ANEH Sekawan Gajah Dalam Lubang Bekas Dibom, Apa Berlaku Selepas Itu Sgt MEMERANJATKAN !!!

ANEH Sekawan Gajah Dalam Lubang Bekas Dibom, Apa Berlaku Selepas Itu Sgt MEMERANJATKAN !!! | KITA VIRAL – Pada zaman Perang Vietnam dari tahun 1955 hingga 1975, pesawat pejuang Amerika Syarikat telah mengebom perbatasan Vietnam dan Kemboja dengan begitu hebat sehingga meninggalkan kesan pengeboman sehingga ke hari ini.

Bekas pengeboman oleh pesawat-pesawat tempur tersebut telah meninggalkan kesan-kesan lubang yang sangat dalam dan besar di daratan sehingga menjadi lubang perangkap yang boleh menyusahkan penduduk tempatan dan haiwan liar di dalam hutan.

Apabila hujan lebat, lubang-lubang besar ini dipenuhi dengan air yang membentuk sebuah kolam tetapi tidak memberi faedah untuk aktiviti pertanian dan perikanan. Apatah lagi tebing yang mengelilingi kolam cukup tinggi dan curam serta amat sukar untuk dilalui dan dinaiki.

Walaupun kolam ini tidak menarik perhatian manusia kerana ia menjadi tempat yang merbahaya, tetapi gajah-gajah liar amat suka pergi ke kolam tersebut untuk menyejukkan badan dan bermain lumpur.

Adalah menjadi lumrah bagi setiap ekor gajah, bahawa ia akan suka mandi di sungai dan bermain dengan lumpur untuk menyejukkan kulit agar berasa tidak terlalu panas di bawah sinaran panas matahari yang terik.

Selain itu, lapisan lumpur yang menyeliputi kulit gajah berfungsi sebagai penahan gigitan serangga seperti semut, lebah , tebuan dan nyamuk.

Pada satu hari, sebelas ekor kawanan gajah telah memasuki sebuah kolam berlumpur yang besar di sebuah kampung di Kemboja.

Semua kawanan gajah yang besar termasuk seekor anak gajah telah bermain lumpur dengan riang dan gembira tanpa menyedari yang mereka akan mengalami kesukaran untuk keluar dari kolam berlumpur tersebut.

Setelah puas bermain lumpur, sekumpulan gajah ini cuba keluar dari kolam tersebut tetapi telah gagal untuk keluar dari tebing yang curam. Akhirnya kumpulan gajah ini telah terperangkap di dalam kolam tersebut dan mengalami kelaparan.

Tidak diketahui sudah berapa lama sekumpulan sebelas ekor gajah liar ini telah berada di dalam kolam tersebut.

Beberapa orang petani yang melalui kawasan tersebut telah terserempak dengan sekumpulan gajah liar malang yang telah terperangkap ini tetapi tidak boleh berbuat apa-apa lalu mereka dengan segera telah melaporkan kepada pihak yang berwajib untuk menyelamatkan mereka dari menemui ajal di dalam kolam berlumpur tersebut.

Kakitangan dari Jabatan Penyelamat Kemboja dan organisasi dari Elephant Livelihood Environment (ELIE) serta Wildlife Conservation Society (WCS) telah dihubungi dan mereka telah datang dengan segera untuk melakukan kerja mengeluarkan kesemua sebelas ekor gajah liar ini.

Langkah pertama, kakitangan ini telah bekerjasama untuk membasahkan badan gajah-gajah tersebut yang diselaputi lumpur yang sudah kering dan tebal, serta memberi mereka makan dengan daun-daun dan pucuk kayu bagi membolehkan mereka kembali bertenaga.

Pada waktu yang sama, satu pasukan lain telah menggali satu parit di tepi tebing kolam tersebut bagi membuat satu laluan yang boleh dilalui oleh gajah-gajah ini.

Setelah parit laluan bagi gajah-gajah itu selesai dibuat, gajah-gajah itu telah diumpan dengan makanan ranting dan dedaun bagi mengeluarkan mereka satu persatu dari lubang tersebut.

Anak gajah yang paling kecil mengalami kesukaran untuk keluar dan melalui parit tersebut lalu ia terpaksa ditarik dengan tali oleh orang ramai dan kakitangan.

Apa yang unik dan hebat, kesemua gajah dewasa yang telah berjaya keluar itu menunggu dengan sabar sehingga anak gajah ini berjaya dikeluarkan dari kolam tersebut, lalu mereka berkumpul dan beredar bersama-sama selepas semua proses menyelamat selesai.

Menurut jurucakap aktivis ELIE dan WCS, sekiranya tiada siapa yang menemui kumpulan gajah liar ini di dalam kolam berlumpur itu, kemungkinan mereka akan terbiar terperangkap di situ dan mati, maka ia akan menjadi satu tragedi malang yang besar.

Tugas akitivis-aktivis ELIE dan WCS dan pasukan penyelamat tidak berakhir di situ selepas kumpulan gajah tersebut telah kembali ke hutan dengan selamat. Mereka terpaksa bekerja lebih keras lagi selepas itu.

Oleh kerana lubang besar bekas ledakan bom zaman perang ini amat dalam dan merbahaya bagi apa jua binatang dan manusia, mereka telah menutup keseluruhan lubang itu bagi mengelak masalah yang sama terjadi kepada haiwan lain.

Lihat video di bawah :

Elephant Rescue

The great (muddy) escape!bbc.in/2ofETyl

Posted by BBC News on Thursday, March 30, 2017

Sumber : Era Baru

The post ANEH Sekawan Gajah Dalam Lubang Bekas Dibom, Apa Berlaku Selepas Itu Sgt MEMERANJATKAN !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :


EmoticonEmoticon