"Saya Kesal Dengan Tindakan Mereka" - Zul Ariffin 'Meletup', Bengang Sampai Deaktif Instagram
Sejak kebelakangan ini banyak pula isu yang melibatkan pelakon sado Zul Ariffin.
Bermula dengan drama melibatkan kekasihnya Zahirah Macwilson, ianya meleret sehingga melibatkan bapa Zahirah iaitu Zainol Macwilson.
Kemudian timbul pula isu mengaitkan Zul Ariffin yang dikatakan keluar dengan bekas kekasih hati iaitu produser dan penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai.
Apabila isu ini hangat diperkatakan, Zul Ariffn ternyata berang dan tampil memberi respon.
Pelakon J Revolusi dan Tombiruo ini menafikan khabar angin dirinya kembali menyulam cinta bersama dengan Gayatri Su-Lin Pillai.
Zul Ariffin memberitahu bahawa hubungannya dengan Gayatri Su-Lin Pillai adalah atas urusan kerja pembikinan filem, Hantu Kak Limah.
Filem berkenaan merupakan arahan pengarah popular Mamat Khalid yang kini menjalani penggambaran di Taiping, Perak.
Zul menjelaskan Gayatri Su-Lin Pillai adalah penerbit filem tersebut.
Ini penjelasan Zul Ariffin:
"Gayatri sebagai penerbit eksekutif filem berkenaan, jadi hubungan kami adalah atas dasar kerja. Kami pun memang baik sejak dulu lagi. Saya dan Gayatri juga bersikap profesional ketika bekerja.
"Saya kecewa dengan dakwaan kononnya ada pihak melihat kami berdua di hotel, seolah-olah menuduh kami tidur sebilik. Sedangkan pelakon, pengarah, kru produksi dan pihak media massa ditempatkan di hotel sama.
"Apabila gosip ini tersebar, ia sedikit sebanyak mencalarkan maruah saya. Mana mahu letak muka, kebetulan saya pula menjalani penggambaran di kampung halaman sendiri,"
Zul memberitahu dia lebih selesa pulang ke rumah keluarganya memandangkan penggambaran dijalankan berdekatan dengan kampungnya.
Pelakon yanga hangat melalui drama bersiri, Titian Cinta, itu turut menyelar tindakan peminat yang kononnya menjadi saksi dan telah menyebarkan gambar dan plat nombor kenderaan miliknya.
Ini luahan Zul Ariffin:
"Saya kesal dengan tindakan mereka yang tidak menghormati privasi saya kerana ia secara tidak langsung boleh membahayakan keselamatan saya.
"Selain dakwaan itu tidak benar, apa yang dilakukan juga melanggar hak peribadi kerana nombor kereta saya juga sudah diketahui umum,"
Setelah isu itu menjadi viral, Zul Ariffin dilihat naik angin dan telah menutup atau meng'deactivate' laman media sosial Instagram miliknya.
Kini laman IG Zul Ariffin tidak lagi boleh di akses oleh orang ramai dan peminatnya.
Sumber: Berita Harian
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon