(TERKINI) Kamal Adli Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya
Nama Kamal Adli banyak betul mewarnai portal dan blog hiburan sejak kebelakangan ini.
Bermula dengan kisah panas tentang kontoversi kisah cinta bersama Emma Maembong dan Zahirag Macwilson, Kamal Adli kemudian diduga dengan kehilangan motorsikal berkuasa tinggi miliknya.
Tak lama kemudian, Kamal Adli juga menajdi tumpuan setelah berjaya menjuarai program realiti Super Spontan Superstar.
Sebagai pelakon, Kamal Adli berjaya memecah tradisi apabila memenangi Super Spontan yang selalunya didominasi para pelawak tanah air.
Baru-baru ini timbul pula isu Kamal Adli menerima hadiah mewah berupa iPhoneX dari Emma Maembong. Hubungan pasangan ini digambar semakin pulih.
Kali ini, sekali lagi nama Kamal jadi sebutan apabila diuji pula dengan insiden cemas membabitkan kereta dipandu pembantunya, minggu lalu.
Kamal Adli telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Dalam kejadian itu, kereta dinaiki Kamal Adli terbabas gara-gara mengelak tayar yang jatuh daripada sebuah lori dalam kejadian di laluan Nilai-Seremban di Lebuh Raya Utara Selatan.
Menceritakan kemalangan itu, Kamal Adli memberitahu, dia dan pembantunya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai penggambaran. Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi.
Ini komen Kamal Adli:
"Saya dan pembantu dalam perjalanan pulang ke rumah. Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba tayar daripada lori jatuh ke permukaan jalan dan pembantu yang memandu kereta, cuba mengelak.
"Alhamdulillah, syukur saya tidak cedera cuma terkena 'airbag' yang terbuka secara automatik dalam kejadian itu.
"Saya fikir, kadang kala kecuaian begini boleh membuatkan kereta terbabas jika kita panik,"
Ini gambar kereta yang dinaiki oleh Kamal Adli yang rosak akibat kemalangan jalan raya itu.
Memang bahaya jika kejadian ini berlaku, nasib baik Kamal Adli tidak mengalami kemalangan yang serius.
Sumber: Berita Harian
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon