Budak Kampung Kedah "Beraksi" Di Kota London Dapat Kecaman Netizen


Setiap orang pasti inginkan dapat melancong ke luar negara seperti Paris atau London. Pada Ogos lalu, kecoh di media sosial apabila sekumpulan anak muda yang sedang melancong membuat onar di Jepun sehingga  mendapat pelbagai reaksi netizen. 

Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan ketika melancong kerana setiap rakyat Malaysia yang berada di luar negara ibarat duta imej dan nama baik negara.

Dan baru-baru ini, seorang pelancong wanita dari Malaysia turut membuat 'onar' sehingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Malah ada segelintir netizen menyifatkan tindakan wanita itu seperti menjatuhkan maruah negara. 


Menurut sumber, wanita itu turut membuat video live yang di depan mercu tanda kota Paris yang terkenal iaitu Eifel Tower serta di kota London.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, wanita itu dikatakan sanggup terbang ke London demi memenuhi  kegilaannya terhadap 'makeup'.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah wanita itu turut memberitahu dia telah menyimpan wang sehingga RM100,000 hanya untuk membuat 'live' tutorial 'makeup'di London.

Bagi netizen yang rata-ratanya sudah diketahui memang selalu akan mengecam tanpa mengetahui kisah sebenar. Komen pedas netizen kalau dibaca memang sangat menyakitkan hati. 


"Ko guna duit customer ke tu holiday kat London tu?" 

"Buat malu je cakap utara kat London...takde class kau ni..kalau tak reti speaking jangan pi London" komen seorang lagi netizen. 

"Nak menunjukkan la tu dia kaya..beli beg kertas LV je kot" 

"Dia ni bodoh ke ape makeup dalam sejuk"

Memang pedas kecaman netizen kepada wanita tersebut.  Namun menurut wanita tersebut, dia tidak kisah apa orang nak kat kerana kegilaannya terhadap 'makeup' telah membawanya ke London serta Paris.

Malah dia sanggup mengorbankan percutiannya di London demi membuat 'live makeup' kepada para peminatnya. Dia juga turut berkongsi kisah tersesat di kota London kerana 'acah-acah' pandai. 

Bagi Siti Nurfarahain, dia amat berbangga kerana suatu ketika dulu dia hanya 'makeup' di kampung-kampung dan sekarang ini dia telah berjaya mencapai impiannya untuk 'makeup' di London. 


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon