Ayam Ini Akan Berenang Setiap Hari Di Sungai, Ramai Terkejut Bila Tahu Puncanya !!!

Ayam Ini Akan Berenang Setiap Hari Di Sungai, Ramai Terkejut Bila Tahu Puncanya !!! | KITA VIRAL – Pernahkah anda mendengar ayam boleh berenang dengan tangkas di sungai atau mana-mana permukaan air?

Baru-baru ini di Sungai Songhua di Bandar Harbin, seekor ayam jantan menjadi bintang terkenal gara-gara keupayaannya menunjukkan ketangkasan berenang.

Seorang lelaki warga emas telah bersedia dengan memakai seluar pendek, sambil memegang seekor anjing dan sebelah tangannya lagi memegang seekor ayam jantan.

Lelaki ini datang ke bandar Harbin dan ke Sungai Songhua untuk berenang. Apabila lelaki ini meletakkan anjingnya di tebing sungai, ayam jantan itu melepaskan pegangan tuannya, lalu mengibarkan kepak, seperti sudah bersedia untuk berenang.

Lelaki ini dengan segera mencapai ayam jantan tersebut dan mengambil satu pelampung empat segi yang diperbuat dari penutup kotak air batu lalu meletakkan ia berdiri di atasnya.

Lelaki ini menolak pelampung itu ke tengah sungai dan memanggil anjingnya supaya berenang bersama ayam jantan tersebut.

Setiap hari, terdapat ramai orang yang berkumpul di tepi sungai tersebut untuk menyaksikan fenomena luar biasa ayam yang boleh berenang ini.

Seorang warga emas bernama Liu berkata, “Selama 80 tahun kehidupan saya, tidak pernah sekali pun saya mendengar ayam jantan yang boleh berenang. Jadi saya datang ke sini untuk melihat fenomena ini.”

Lelaki tersebut sedang berenang di Sungai Songhua bersama ayam jantan comel ini dan anjingnya. Mereka sudah berada di tengah sungai sejauh 30 meter dari tebing sungai.

Kemudian lelaki ini berpaling dan mahu berpatah balik ke tebing sungai. Ayam jantan tersebut telah terjun dari pelampung dan berenang bersama lelaki ini kembali ke tebing sungai.

Ayam jantan ini dengan tangkas berenang dan berenang lagi sehingga telah berada jauh dari tuannya. Lelaki ini menjerit, “Hei! Golden Boa, mari sini!”

Selepas lelaki ini memanggil Golden Boa beberapa kali, ayam jantan ini dengan selambanya tidak menghiraukan teriakan tuannya itu.

Kemudian lelaki ini telah mengarahkan anjingnya untuk berenang dan mendapatkan Golden Boa. Apabila anjing ini menghampiri, Golden Boa mengikutinya sehingga dicapai oleh lelaki ini dan mereka berenang bersama.

Apabila Golden Boa selesai melakukan renangan dan sampai di tebing sungai, ia telah menjadi seorang bintang. Ramai yang telah berdiri di tebing sungai dan ingin mengambil gambar atau rakaman video pendek.

Golden Boa sangat sukakan perhatian dari peminatnya dan berdiri dengan santai dan selamba sambil gambar dan videonya diambil.

Menurut sumber, lelaki ini bernama Yu Demin yang berusia 62 tahun dan hobinya suka berenang di Sungai Songhua.

Pada bulan Oktober 2016, ketika berenang di sungai tersebut, Yu Demin telah menjumpai seekor ayam jantan yang sudah nazak dengan perut yang telah terburai.

Yu Demin telah membawa ayam jantan ini ke rumahnya dengan segera. Lalu beliau telah merawat ayam jantan ini dengan memasukkan kembali isi perut dan menjahit perutnya dengan kemas sehingga ia pulih.

Yu Demin berfikir yang ayam jantan ini tidak akan selamat memandangkan keadaannya yang cedera parah apabila ditemui.

Kata Yu Demin, “Apabila Golden Boa datang di dalam kehidupan saya, ia tidak pernah berenggang dengan saya dan menjadi teman baik kepada anjing peliharaan saya juga.”

Dengan keadaan cuaca yang sangat panas, Yu Demin telah membawa anjing kesayangannya dan Golden Boa ke sungai untuk bersantai dan berenang.

Pada hari pertama, Yu Demin membawa bersama Golden Boa dan anjingnya untuk berenang, ayam jantan ini hanya berdiri di tebing sungai dengan memandang dalam keadaan yang resah.

Akhirnya, Golden Boa membuat keputusan untuk terjun ke dalam sungai. Pada mulanya ia berasa gementar dan takut berada di permukaan air. Namun akhirnya ia berjaya menenangkan diri dan berupaya untuk timbul dengan sempurna.

Beberapa hari kemudian, dengan usahanya yang gigih sambil melakukan beberapa kesilapan dan percubaan, Golden Boa telah mampu berenang dengan tangkas dan hebat.

Kini, ayam jantan comel luar biasa ini datang berenang setiap hari di Sungai Songhua bersama seorang tuan yang telah menyelamatkannya dan seekor anjing yang menjadi teman baiknya.

Lihat video di bawah.

 

Sumber : Era Baru

The post Ayam Ini Akan Berenang Setiap Hari Di Sungai, Ramai Terkejut Bila Tahu Puncanya !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :


EmoticonEmoticon