Walaupun Bagi Hadiah iPhone X, Emma Maembong Tetap Anggap Kamal Adli Hanya Kawan



Ini masih lagi tentang kisah hubungan pelakon putih melepak Emma Maembong dan pelakon kacak Kamal Adli. Hubungan pasangan yang dikatakan sama cantik dan sama padan ini kini khabarnya telahpun semakin pulih.

Ini ditambah dengan berita terbaru yang menyatakan Emma Maembong telah memberi hadiah istimewa kepada Kamal Adli iaitu iPhone X. Wow memang hadiah yang amat mahal tu!

Menerusi laporan portal Astro Gempak, Emma Maembong sanggup turun ke negeri Melaka untuk berjumpa dengan Kamal Adli dan memberi hadiah berkenaan.

Di laman Instagram Kamal Adli pula, pelakon kacak ini telah memuatnaik gambar iPhoneX itu bersama dengan Emma Maebong.

Bagi Kamal Adli, dia mahu mengabadikan kenangan itu dan mahu menghargai detik tersebut.

Yang terbaru, melalui laporan Harian Metro, wartawan ada bertanya kepada Emma Maembong tentang status hubungan mereka berdua.

Tentang hubungannya dengan Kamal Adli selepas kontroversi yang melibatkan Zahirah MacWilson dan Zul Ariffin, Emma Maembong lebih senang melabel hubungan mereka sebagai sahabat buat masa ini.

Ini komen dari Emma Maembong:

"Saya rasa lebih baik kami berkawan. Seperti yang pernah saya nyatakan dulu, antara kami biar jodoh yang tentukan. Walaupun kelak Kamal bukan suami mahupun kekasih saya, tetapi saya tidak akan kehilangan dia kerana kami masih boleh terus berkawan.

"Saya sendiri senang begitu. Malah umum menyedari saya tidak pernah bermusuh atau memutuskan hubungan dengan semua bekas kekasih saya termasuk Zizan Razak"

Dalam pada itu, Emma Maembong juga akui mereka berdua sememangnya masih lagi bertemu dan berhubung antara satu sama lain sejak berakhirnya isu kontroversi yang melanda.

Malah Kamal juga ada turun ke lokasi penggambaran drama terbarunya untuk berjumpa dengannya begitu juga sebaliknya. .

Ini komen Emma Maembong lagi:

"Cuma kami tidak seperti sewaktu sedang hangat bercinta yang setiap pagi akan membuat panggilan dan bergayut. Sekarang ini sebagai kawan kami akan berhubung bertanya khabar andai perlu saja.

"Begitupun, sebagai kawan bagaimana saya sering meluahkan perasaan saya pada Kamal begitu juga dengan Kamal turut melakukan perkara sama. Kami berdua tidak punya halangan walaupun hubungan tidak seperti dulu"

Selain itu, wartawan ada juga bertanya tentang gosip Emma Maembong dengan Datuk Salim, adakah Kamal Adli tahu tentang hal tersebut.

Ini jawapan Emma Maembong:

"Kamal tahu hubungan baik saya dengan ahli perniagaan dari Sabah, Datuk Salim Rahman yang baru-baru ini timbul cerita mahu meminang ketika hubungan saya dan Kamal berhadapan masalah.

"Memang Kamal tahu saya berkawan dengan Salim kerana dia adalah kenalan keluarga. Abang ipar saya kawan baik dia.

Lebih memeranjatkan, ada juga cerita tentang Datuk Salim yang mahu meminang Emma Maembong. Ramai yang nak tahu apa reaksi Kamal Adli tentang berita terbabit.

Mengenai cerita Datuk Salim meminang Emma Maembong , pelakin jelita ini memberitahu memang ada beberapa  lamaran yang diterima. Kata Emma, jika ada orang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya, perkara itu akan diberitahu kepada Kamal.

Ini komen Emma Maembong:

"Sebenarnya soal meminang timbul selepas kakak dan abang ipar saya mengusik Salim agar dia masuk meminang saya"

"Saya beritahu Kamal kerana saya ikhlas dan bukan memberi ugutan agar dia juga melakukan perkara sama. Pada saya, perkara seperti ini terletak kepada jodoh dan ketentuan-Nya"

Kata Emma lagi, ada pihak telah meminangnya selepas dia mengatakan tidak mahu lagi bercinta sebaliknya mahu terus bernikah.

"Memang saya ada memberi kenyataan seperti itu tetapi pada saya lebih baik lelaki yang mahu meminang, beri diri mereka masa untuk kenal dulu keperibadian saya.

"Begitu juga sebaliknya. Kenal dulu beberapa bulan dan kemudian baru ambil keputusan"

Sumber: Harian Metro

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon