Hidap Kanser Tahap 4, Elyana Gegar Vaganza Akhirnya Dedah Punca Penyakit !!!

Hidap Kanser Tahap 4, Elyana Gegar Vaganza Akhirnya Dedah Punca Penyakit !!! | KITA VIRAL – Elyana peserta Gegar Vaganza musim 4 tersingkir sebenarnya pengidap kanser tahap 4 peringkat akhir.

Siapa sangka bahawa Elyana penyanyi yang baharu sahaja tersingkir pada konsert Gegar Vaganza malam tadi merupakan pesakit kanser Limfoma tahap 4.

Perkara itu tanpa sengaja telah diumumkan oleh Elyana kepada peminat sebaik sahaja beliau diumumkan peserta tersingkir pada minggu ke 5.

Pengumuman itu sangat mengejutkan penonton kerana tidak menyangka disebalik susuk tubuh yang nampak kuat dan bertenaga, sebenarnya Elyana kini bertarung untuk melawan kanser tahap akhir.

Difahamkan, Elyana ada masa setahun sahaja lagi untuk teruskan hidup menurut doktor. Tambah Elyana lagi, kanser tersebut kini sudah merebak di paru-paru dan beberapa organ lain.

Difahamkan, Elyana juga telah bertarung dengan kanser itu sejak 7 tahun lalu selepas melahirkan anak sulungnya.

Kanser limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.

Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain.

Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.

Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor. Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.

Kredit : EBerita

The post Hidap Kanser Tahap 4, Elyana Gegar Vaganza Akhirnya Dedah Punca Penyakit !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :


EmoticonEmoticon