Laporan Khas, Fattah Amin Dan Fazura Sah Bernikah Sebentar Tadi.. TAHNIAH!



TAHNIAH kepada Fattah Amin dan Fazura, akhirnya sah bergelar suami isteri malam ini.

Peminat #FattZura kini boleh bergembira kerana idola mereka, Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Shariffuddin, 34, telah selamat melangsungkan pernikahan di sebuah hotel di ibu negara pada 9.50 malam tadi.

BH Online melaporkan, Fazura sah bergelar isteri Fattah dengan sekali lafaz, dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat itu.

Fazura dikatakan mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini, disolek oleh Sheila Mohamed dan Fattah telah mengenakan baju Melayu.

Kita tunggu sahaja pengesahan dari pasangan ini nanti.

Pasti ramai tidak sabar untuk melihat video dan gambar dari majlis pernikahan yang dibaratkan seperti pasangan Song Joong Ki dan Song Hye Go yang juga mula bercinta di lokasi penggambaran drama dan berkahir dengan ikatan perkahwinan.

Tahniah diucapkan!

Secara tiba-tiba, hari ini dikatakan merupakan hari bersejarah yang aman pasangan popular Fazura dan Fattah Amin dikatakan akan bernikah.

Pasangan yang amat popular dan saam cantik serta sama padan ini dikatakan berkahwin di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Ketika kecoh isu pertunangan antara Fattah Amin dan Fazura pada 13 November lalu, timbul pula kontroversi baharu apabila pasangan berkenaan dipercayai melangsungkan akad nikah pada malam ini.

Berita ini dibawakan khas oleh portal mStar yang berada di loksi hotel berkenaan.

Mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang di ibu negara.

Wartawan dari portal hiburan mStar Online yang berada di hotel tersebut sejak 6 petang mendapati pengurus kepada Fazura iaitu Iman Thang turut berada di lokasi berkenaan.

Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di kawasan lobi hotel terkemuka berkenaan.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.

Tingkat 29 hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang kelihatan dengan nyalaan lampu biru dipercayai lokasi pernikahan Fattah Amin dan Fazura.

Ini gambarnya yang dimuatnaik oleh wartawan mStar:


Hasil pemerhatian wartawan mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.

Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat 29 itu.

Namun, sehingga kini, tiada pihak yang dapat mengesahkan perkara ini.

Terdahulu, Fattah dan Fazura telah mengumukan telah bertunang dalam satu majlis yang disembunyikan dari pihak media.

Majlis pertunangan berlangsung di rumah nenek Fazura yang dihadiri teman rapat dan ahli keluarga sahaja.

Khamis lalu pasangan ini membuat sidang media untuk merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Namun merek juga menegaskan belum lagi bernikah dan hanya bertunang.

Mereka akui akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup atas perminataan ahli keluarga.

Sementara majlis resepsi pasanagn ini pula akan diadakan pada tahun hadapan dan semua pihak dijemput hadir ketika majlis resepsi nanti

Sumber: mStar / Bharian

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon