TAHNIAH! Datuk Jalaludin Hassan Selamat Bernikah Dengan Isteri Baru, Rapidah Ghani



Pelakon hebat, Datuk Jalaluddin Hassan telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya Rapidah Abdul Ghani.

Pasangan ini telah selamat diijabkabul pada pagi tadi.

Majlis ijab dan kabul Datuk Jalaludin Hassan  dan Rapidah Abd. Ghani bertempat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Dengan sekali lafaz, Tepat Jam 10:55 pagi Datuk Jalaludin Hassan  sah bergelar suami kepada Datin Rapidah Abd Ghani.

Dalam perkahwinan ini, ianya disertakan dengan mas kawin RM 300 berserta hantaran 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak pengantin wanita.

Majlis pernikahan ini telah disempunakan oleh abang kepada Datin Rapidah, iaitu En Lokman Abd Ghani.

Ini video pernikahan nya:



Sebelum ini, agak kecoh tentang hantaran kerusi urut daripada Jalaluddin kepada isterinya itu.

Bagi pelakon ini, dia mempunyai sebab tersendiri menjadikan kerusi urut sebagai hantaran.

Ini komen Datuk Jalaludin Hassan tentang hal ini:

"Pihak saya akan memberikan lima dulang hantaran termasuk kerusi urut berkenaan, manakala pihak perempuan akan membalas dengan tujuh dulang hantaran"

"Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat"

Selain itu, majlis pernikahan pada kali ini juga diadakan secara sederhana sahaja. Untuk pengetahuan anda, Datuk Jalaluddin dan juga isterinya, Rapidah berkenalan dan memulakan hubugan dari laamn Facebook.

Rapidah kini berumur 44 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal.

Datuk Jalaluddin Hassan sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun.

Datin Hashimah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi dari pelbagai penyakit yang dialaminya termasuklah diabetes dan masalah peparu.

Sumber: Rotikaya / HLive

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon