"Jadi gentleman, kalau tak puas hati cakap dengan saya" - Zul Ariffin Bidas Bapa Zahirah Macwilson
Kini satu lagi isu timbul berkenaan hubungan antara pelakon kacak Zul Ariffin dan juga kekasih hatinya, pelakon jelita, Zahirah Macwilson.
Kali ini ianya melibatkan bapa Zahirah Macwilson pula iaitu Zainol Macwilson.
Zul Ariffin akui dia keliru dengan tindakan bapa Zahirah Macwilson yang telah mengeluarkan kenyataan sinis di media sosial sehingga mencetuskan kontroversi.
Kenyataan Zainol Macwilson itu sekaligus menimbulkan spekulasi seolah-olah hubungan mereka tidak baik, baru-baru ini.
Zul Ariffin telah memberi respon tentang isu ini dan berharap bapa Zahirah itu bersikap matang dan berterus terang sekiranya tidak merestui hubungan cinta mereka berdua.
Ternyata Zul Ariffin kurang gemar Zainol yang juga bekas pembaca berita dan pelakon, menggunakan media sosial sebagai medium meluahkan perasaan apatah lagi kenyataan sinis.
Selain itu Zul Ariffin juga menganggap tindakan bapa Zahirah itu telah menjejaskan reputasi Zul dan mengganggu perjalan karier seninya.
Ini komen Zul Ariffin:
"Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tidak suka kami rapat? Kenyataannya itu membuat saya tertanya-tanya apa tujuannya, tetapi hingga hari ini, saya tiada jawapan."
Zul Ariffin juga mahu Zainol menjadi gentleman dan terus menghubunginya jika ada sebarang masalah peribadi.
Ini kenyataan Zul:
"Saya berharap bapa Zahirah menjadi lelaki yang 'gentleman' dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri.
"Saya juga bakal menjadi bapa suatu hari nanti, sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk zuriat sendiri. Saya sanggup tolak ke tepi perasaan saya jika itu yang dimahukan. Cuma, pinta saya, berterus terang supaya saya tidak tertanya-tanya,"
Apabila ditanya kenapa jarang Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson dilihat bersama, kata Zul, dia sengaja mengelak daripada menghadiri acara hiburan atau memuat naik gambar bersama Zahirah di laman sosial kerana ingin menjaga nama baik Zahirah.
Dia mahu orang mengenali Zahirah sebagai seorang pelakon dan bukannya sebagai kekasih Zul Arifin.
Ini penjelasan Zul:
"Saya mahu orang luar memandang usaha keras Zahirah memperkenalkan bakat dan bukan menjaja kisah cinta. Saya bukan baru, sudah hampir 10 tahun dalam bidang ini. Jadi, saya sudah faham dengan permainan industri hiburan.
"Cuma, saya tidak faham kepada perlu mencetuskan perkara ini? Semua ini saya peroleh tanpa melalui jalan mudah. Bertahun-tahun saya menunggu untuk berada pada tahap ini, mengapa tiba-tiba buat saya seperti ini?,"
Sebelum ini, Zainol Macwilson ada menjelaskan, kenyataannya itu sekadar gurauan dan meminta para follower supaya tidak terlalu mengambil serius.
Sumber: Berita Harian
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon