Wah, wah, wah! Bertuah betul menjadi seorang Izara Aishah. Belumpun bernikah, dia sudah terlebih dahulu menerima hadiah perkahwinan daripada bakal abang iparnya, Anas Khalid.
Lihat sahajalah video yang sudah tular ini. Jelas terpancar keterujaan di wajah pelakon berkenaan dan tunangnya, Adib Khalid, 27, apabila menerima sebuah kereta Rolls-Royce.
"Macam mana perasaan baru beli Rolls-Royce sebagai hadiah perkahwinan?" tanya abang sulung Adib itu.
Apa lagi, senyum macam kerang busuklah Adib sebab gembira sangat kan. Kedengaran Izara dan Adib mengucapkan terima kasih kepada Anas.
Memetik BH Online, Rolls-Royce model Phantom berkenaan dianggar bernilai lebihi RM1 juta selain dilengkapi perincian dalaman mengikut keinginan pelanggan serta spesifikasi serba mewah.
Pasangan berkenaan akan diijabkabulkan esok, manakala resepsinya akan dilangsungkan di sebuah hotel di ibu kota, Ahad ini.
Untunglah belum kahwin dah dapat kereta mewah. Apapun, semoga semuanya berjalan lancar seperti dirancangkan dan mereka kekal bahagia bersama. - www.kakishare.tv
FACEBOOK HERBAL RIMBA
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon