Kambing Terbiar Diselamatkan & Dilindungi Dgn Selesa, Tapi Tiba² Mogok Tak Makan 6 Hari. Rupanya Ini Penyebabnya… | KITA VIRAL – Apabila melalui satu perpisahan dengan seseorang yang terlalu rapat dengan anda, ia pasti merupakan satu pengalaman yang melibatkan emosi dan tidak terkecuali apabila ia melibatkan haiwan.
Seekor kambing terbiar bernama Mr.G telah diselamatkan dari tempat simpanan haiwan dan dipindahkan ke satu tempat perlindungan haiwan yang lebih selesa bernama Animal Place yang terletak di California Utara, Amerika Syarikat. Walaupun Mr. G telah diselamatkan, sesuatu yang tidak kena telah berlaku kepada Mr.G.
Kredit: Animal Place/ Screenshot
Mr. G enggan makan apa-apa makanan yang diberikan semenjak ia dipindah dan diselamatkan. Mr. G hanya berwajah muram dan bertindak seperti kambing yang mogok dan para penjaganya menjadi bingung melihat kelakuannya.
Mr. G dilihat berada dalam keadaan yang sihat tetapi semua menjadi hairan mengapa ia berada dalam keadaan yang murung.
Mr. G hanya duduk di satu sudut kandang barunya dan termenung jauh seolah memikirkan satu masalah yang sangat serius. Mr.G tidak bergerak dengan hanya bermuram durja dan termenung.
Kredit: Animal Place/ Screenshot
Sudah enam hari Mr.G berkelakuan begitu semenjak ia dipindahkan. Ia enggan makan dan hanya duduk termenung dengan keadaan murung dan sayu. Selepas beberapa hari, barulah diketahui mengapa Mr. G telah bertindak mogok lapar sedemikian.
Sebelum ini, kambing yang pandai bermuram durja ini sebenarnya telah tinggal bersama seekor keldai betina bernama Jellybean, dan semasa Mr. G diselamatkan, ia telah dipisahkan dari rakan baiknya itu.
Dengan keadaan kehidupan mereka sebelum ini yang amat sukar, Jellybean dan Mr. G telah mengharungi kesukaran dan pahit getir bersama-sama.
Seorang kakitangan di Animal Place berkata, semasa Mr.G dipisahkan dari Jellybean, keldai itu telah “menjerit dan menangis tanpa henti’.
Amat jelas, kedua-dua haiwan ini telah mengalami penderitaan yang amat pedih bersama-sama. Para penyelamat ini kemudian menyedari yang Mr.G dan Jellybean amat merindui satu sama lain. Bagai rakan baik yang telah berpisah buat sekian lama.
Jadi, para kakitangan Animal Place telah mengambil keputusan untuk mengambil tindakan bagi mengatasi masalah kerinduan Mr.G ini.
Kredit: Animal Place/ Screenshot
Beberapa orang sukarelawan telah memandu selama 14 jam dalam perjalanan ke tempat simpanan haiwan tersebut untuk mengambil Jellybean dan membawanya bertemu dengan Mr.G.
Sukarelawan dari Animal Place ini berkata, mereka tidak pernah mengambil dan membawa seekor keldai sebelum ini, tetapi telah membuat pengecualian ini demi Mr. G.
Semasa Jellybean sampai di Animal Place dan diturunkan, Mr. G secara tiba-tiba telah merasai rakan baiknya telah tiba dan datang menemuinya.
Tiba-tiba gerak badannya menjadi segar dan Mr. G mendongakkan kepalanya buat pertama kali selepas beberapa hari.
Apabila Jellybean telah dilepaskan dan dibawa ke kandang Mr.G, kambing ini tidak dapat mengawal perasaannya lalu berasa sangat gembira dan teruja sambil berlari mahu mendapatkan Jellybean.
Seakan kehadiran Jellybean telah menyinari dan menyegarkan kehidupan Mr. G pada hari itu.
Kredit: Animal Place/ Screenshot
Mr. G berasa terlalu gembira dan tidak mahu berenggang dengan Jellybean walau sesaat pun setelah pertemuan semula itu.
Saat yang paling mengujakan dan sangat hebat ialah selepas 20 minit pertemuan semula itu, Mr. G telah kembali berselera dan mula memakan makanan yang telah disediakan untuknya.
Kredit: Animal Place / Screenshot
Ini adalah satu contoh persahabatan haiwan yang sama dirasai seperti mana-mana manusia. Mr.G berasa sangat sedih dan murung kerana merindui rakan baiknya, Jellybean.
Semasa merindui Jellybean, Mr. G telah hilang motivasi diri untuk melakukan apa-apa. Tetapi setelah Jellybean telah datang kembali di dalam hidupnya, Mr.G kembali bersemangat dan menjadi ceria dengan karektor diri yang telah berubah sama sekali.
Kredit: The Food and Farm Show/ Screenshot
Dengan kedatangan Jellybean untuk tinggal bersama dengan Mr.G, kambing ini kini merasa dirinya tidak lagi terabai dan mampu tersenyum kambing.
Kambing dan keldai ini akan sentiasa manjadi rakan baik buat selama-lamanya, dan mereka tidak boleh dipisahkan.
Lihat video pertemuan semula Mr. G dan Jellybean di bawah.
Kredit : Era Baru
The post Kambing Terbiar Diselamatkan & Dilindungi Dgn Selesa, Tapi Tiba² Mogok Tak Makan 6 Hari. Rupanya Ini Penyebabnya… appeared first on KITA VIRAL.
Sumber : kitaviral.com
Sumber :
EmoticonEmoticon