Berikut penjelasan dari sumber yang tidak ingin namanya didedahkan:
Ceritanya pihak Ladang Bera terjumpa lelaki warga emas ini di jalan dan dibawa ke pejabat serta diberikan tempat tinggal sementara.
Saya menerima mesej dari seorang sahabat yang memohon bantuan saya untuk menjejak anak pakcik ini. Jadi saya kirimkan gambar pakcik itu pada kelab pancing. Salah satu kelab pancing mengenali beliau dan anaknya yang tinggal di Tenang.
Dalam perbincangan, kami telah mengatur perancangan untuk anaknya datang ke Bera tanpa pengetahuan lelaki warga emas itu kerana bimbang dia lari dari pihak Ladang Bera.
Difahamkan, anaknya tidak tahu apa-apa tentang bapanya kerana mereka sudah terpisah sejak setahun lebih.
Apabila anaknya sampai di lokasi, pihak ladang terus membawa dia dan rakan saya ke pejabat untuk bertemu dengan pihak pengurusan sebelum dibawa berjumpa dengan bapanya.
Selama satu jam lebih, si anak cuba memujuk dan merayu agar bapanya balik bersama, tetapi si bapa enggan mengikutnya.
Siang tadi, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah datang dan mengambil pakcik itu.
Berita yang tersebar di media sosial telah ditokok tambah, bukan berita yang benar dan tepat.
Apa pun, sebelum terlambat, lebih baik si anak memohon maaf kepada bapanya jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan pada masa lalu sehingga menguris hati bapanya. Sebagai anak, itulah yang patut kita lakukan, sentiasa memohon maaf pada orang tua kita.
Artikel berkaitan:
Hancur hati ayah diperlakukan begini
Artikel berkaitan:
Hancur hati ayah diperlakukan begini
Sumber : GengViral
Sumber :
EmoticonEmoticon