KENAPA ORANG TUA-TUA PESAN MASA MAGHRIB MASUK RUMAH DAN TUTUP PINTU DAN DUDUK DALAM RUMAH DIAM-DIAM DAN TUTUP SEMUA MAKANAN DAN MINUMAN.

Assalamualaikum Dr Rozaimi & admin,
Mohon Dr Rozaimi atau admin huraikan hadis dlm poster ni utk manfaat kita bersama. Terima kasih. Jazakallahu khairan kathira.
Jawapan:
Waalaikumussalam,
Dari sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
( إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ ، وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا ، وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا، وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ ) رواه البخاري (3280)
“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian” (HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata tentang hadits pertama,
(جنح الليل) maknanya adalah terbenamnya matahari.
Hadith ini menganjurkan kita supaya ketika menjelang waktu magrib tidak dibenarkan kanak-kanak untuk keluar rumah kerana ketika itu bertebaran syaitan terbang dan ketika masuk Isyak, InsyaAllah dibolehkan keluar jika ada keperluan.
Tingkap dan pintu rumah perlu ditutup dan menyebut nama Allah dimalam hari dan tidak digalakkan dibuka jika tidak ada keperluan sebagai langkah berjaga-jaga dari kejadian yang tidak baik berlaku.
Dan jangan biarkan bekas-bekas makanan dan minuman tidak ditutup dan dianjurkan menyebut nama Allah ketika menutup bekas-bekas tersebut.
Ini semua dilakukan untuk mengelakkan gangguan syaitan.
Ibnu Jauzi berkata: Adapun latar belakang bertebarannya syaitan pada waktu itu, kerana waktu malam lebih mudah bagi mereka dibanding siang, kerana gelap lebih mendatangkan kekuatan bagi syaitan dibanding lainnya." (Fathul Bari, 6/341)
Imam Nawawi meletakkan hadits ini dalam bab "Perintah menutup wadah makan dan minum, menutup pintu serta menyebut nama Allah padanya, mematikan api ketika tidur serta menahan anak dan ternak setelah masuk maghrib."
Al-Lajnah Ad-Daimah ditanya soal berikut:
"Dalam hadits shahih riwayat Bukhari, "Jika malam telah gelap, atau kalau berada di waktu sore, tahanlah anak-anak kalian." Kemudian disebutkan di dalamnya, "Matikan lampu-lampu kalian.." Apakah perintah ini menunjukkan kewajiban? Jika menunjukkan sunnah, apa petunjuk yang mengalihkannya dari wajib?"
Mereka menjawab:
"Perintah-perintah yang terdapat dalam hadits ini difahami sebagai anjuran (sunnah) dan bimbingan oleh majoriti ulama. Sebagaimana hal tersebut dinyatakan oleh sejumlah ulama, di antaranya: Ibnu Muflih dalam kitab Al-Furu (1/132), Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (11/87). Wallahua'lam." (Fatawa Lajnah Daimah, 26/317)
Wallahua'lam
#admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
No automatic alt text available.

sumber : Dr Ustaz Rozaime Ramle - Hadith




via Bin Usrah SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon