Anugerah berprestij Oscar yang dipenuhi kontroversi baru saja berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat. Umum tahu bahawa acara red carpet akan dipenuhi dengan selebriti ternama Hollywood.
Ada juga yang mempertikai keupayaan Nabil Ahmad mengacara karpet merah untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris tapi Nabil sememangnya berkebolehan bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Perkongsian dari Syahril A Kadir ini sepatutnya membuka mata anak-anak muda jika ada usaha pasti ada kejayaan.
NABIL AHMAD...DARI MAT DESPATCH KE OSCARS
Budak Mambau, Negeri Sembilan ini pernah lima tahun menjadi Mat Despatch dengan gaji kira-kira RM600 sebulan. Dia pernah kerja dengan syarikat kurier GDex, ke hulu ke hilir dengan motor kapcai menghantar segala surat dan dokumen kepada pelanggan.
Masa Astro mengadakan ujibakat program Raja Lawak, dia langsung tak tahu menahu mengenai program tu kerana tak pernah menonton Astro sehinggalah kengkawan menyuruhnya pergi audition di Subang Parade.
Walaupun hanya dari keluarga sederhana (ibu cikgu dan bapanya kerani pejabat pendidikan), namun ada sesuatu yang menarik dalam kehidupan Nabil dan enam orang adik-beradiknya yang ramai orang tak tahu.
Ibu bapanya hanya membeli akhbar bahasa Inggeris untuk anak-anak mereka. No wonder walaupun Nabil sering membuat lawak 'broken English', tetapi dari dulu aku realise yang lawak 'broken English' yang dia bawa 'bukan sebarangan'.
Dan selepas menjuarai pertandingan Raja Lawak, semua jadi sejarah. Nabil mula mendapat undangan dan dibayar hingga berpuluh ribu ringgit untuk satu show. Itu belum dicampur pendapatan sebagai pengacara, pelakon dan duta produk.
Kenapa aku 'menyimpang jauh' hari ini menulis mengenai artis bernama Nabil ini? Sebabnya mudah. Bagi aku, dia adalah contoh kegigihan seorang anak kampung yang bukan saja sentiasa berusaha memajukan karier seninya tetapi juga antara artis yang pandai merencanakan masa depan untuk isteri, anak dan ibu bapanya.
Dalam usia baru 34 tahun, dia sudah memilik tiga buah kediaman mewah dan salah satu daripadanya dihadiahkan pada orang tuanya. Lokasinya pula bukan calang-calang. Antaranya di Pesiaran Gurney, ditengah ibu kota Kuala Lumpur dan kawasan elit Ara Damansara. Kini selain daripada kegiatan seni, Nabil juga dah mula berjinak-jinak dengan perniagaan hartanah.
Dan terbaru, anak kampung dari Negeri Sembilan ini terpilih untuk mengacarakan 'red carpet' untuk Astro di Anugerah Oscar di Amerika Syarikat, nampak tak?
Dari hanya seorang mat despatch yang kurus-kering, berjerawat batu dan berambut kerinting, Nabil mula mengatur langkah dan sampai ke platform di mana beliau berdiri sekarang. Betul, dia juga tak lepas dari kesilapan dan kontroversi, tetapi apa bezanya dengan kita? Manusia bukan perfect for God sake.
Yup. Aku menulis mengenai artis hari ini. Sebagai tribute kepada seorang anak muda yang berjaya, tetapi pada masa yang sama tidak lupa merencanakan masa depannya.
Salute waghih Nismilan!
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon