Apabila kenderaan yang dipandu rosak di tengah jalan pasti akan membuatkan kita mengeluh dan geram dengan keadaan tersebut. Mana taknya yang kita fikir mesti terpaksa mengeluarkan duit untuk membaiki kerosakan tersebut. Hati mana yang tak panas bukan?
Namun bagi Ustaz Ebit Lew, kereta yang dipandu beliau terlanggar sebatang besi ketika dalam perjalanan merupakan satu rahmat baginya. Mungkin kita boleh ambil iktibar dari perkongsian beliau.
Rahmat Allah. Pagi-pagi ini Allah takdirkan kereta saya, semasa di lorong kanan terlanggar ada besi tengah jalan di plus nkve. Mungkin besi dari mana-mana kenderaan besar agaknya. Tangki minyak kereta saya pecah.
Saya terus berhenti. Kuat bau minyak. Berhenti tepi jalan. Syukur nampak minyak keluar lepas tu dah habis. Niat nak hantar mak ayah mertua ke klia. Terima kaseh Al Faqir Azri Aziz sanggup secara mengejut datang pagi-pagi ini hantarkan mak ayah mertua ke klia. Syukur pada Allah.
Sedang duduk seorang diri di bawah jambatan pukul 5 pagi dah. Seorang abang naik motor berhenti. Dia tanya kenapa. Saya jawab Allah sayang. Dia beri rahmat tangki minyak dah pecah.
Katanya, tadi saya laju juga di kanan. Tak perasan pula. Jawab saya, alhamdulillah saya yang langgar. Saya senyum dan kata padanya. Baik Allah. Sayang Allah. Saya tengah tunggu apa rahmat Allah nak beri. Yang pasti dosa diampunkan dengan musibah begini. Tapi saya dah baca doa keluar rumah. Dan solat 2 rakaat. Dia beri musibah kecil asbab elakkan kita dari musibah yang lagi besar.
Abang tadi tiba-tiba sebak. Saya tanya kenapa. Jawabnya aku dah lama hilang percaya pada tuhan. Kau duduk tepi jalan kereta rosak tapi kau kata Allah baik. Kau puji dia. Aku dah lama tak solat. Aku tak percaya dia..
Kenapa tak puji dia. Siang malam dia jaga saya. Saya bukan seorang diri di sini. Allah bersama saya. Macam mak ayah melihat anak dia belajar berjalan walau jatuh. Mak ayah bahagia lihat anaknya jatuh kerana anaknya sedang berusaha kuat. Sambil senyum dia tengok anak kecilnya. Allah Maha Penyayang. Sayang kita jauh lebih dari ibuayah sayang pada anaknya.
Abang tahu tak bila tengok abang datang tadi saya kata inilah jawapan kepada musibah saya hari ini. Allah sayang abang. Abang nampak orang tepi jalan abang sanggup berhenti dan duduk sini. Sedangkan abang dah nak pergi kerja. Allah takdirkan kereta saya rosak supaya dapat jumpa abang. Sebab Dia sayang abang. Dia nak suruh kita puji dia tepi highway nie.
Sejak saya belajar kenal Allah saya bahagia. Rasa tenang..jaga solat awal waktu dekat diri pada Allah. Tak lama kita akan balik pada dia..di mana pun kita. Siapa pun kita, tak lama kita akan balik pada Dia..
Dia menangis. Ya Allah dah lama saya tak solat. Semenjak isteri saya lari dengan orang lain. Ya Allah..Sebut Allah pun saya dah tak nak. Saya sebut tuhan jer.
Takper abang. Allah sayang abang. Dia maha pengampun. Dia Maha Baik. Dia tengah tengok kita sekarang.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon