Lelaki "Mental" Cuba Ceroboh Masuk Kawasan Kokpit


Seorang lelaki berusia 26 tahun cuba memasuki kokpit sebuah pesawat komersial yang dalam perjalanan dari Paris menuju ke Casablanca, Maghribi semalam. 

Agensi berita MAP yang memetik kenyataan polis melaporkan, penumpang yang namanya tidak didedahkan itu dikatakan pergi ke tandas sebelum cuba masuk ke kokpit tetapi berjaya dihalang kru penerbangan. 

Tiada butiran lanjut berhubung insiden itu atau nama syarikat penerbangan yang terbabit. 

Menurut jurucakap polis yang bertugas, sebaik sahaja pesawat itu mendarat di Casablanca, lelaki terbabit dibawa ke klinik di lapangan terbang, dan kemudiannya mengesahkan dia mempunyai 'masalah mental' sebelum dihantar ke Hospital Psikiatri.

Difahamkan, lelaki itu adalah pendatang haram di Perancis yang mempunyai 'masalah mental' dan terpaksa ditemani bapa saudaranya untuk menaiki pesawat ke Maghribi.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon