Harga Gula Naik 11 Sen Mulai Mac


Mulai hari ini, kadar harga gula mengalami kenaikan sebanyak 11 sen per kilo, iaitu RM2.95!

Memetik akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh, kenaikan tersebut disahkan oleh Pengarah Operasi Pusat Beli Belah Sunshine daripada Kumpulan Ruihua, Yu Jinming. Menurutnya, pihaknya telah menerima notis pemberitahuan daripada pihak pembekal gula tentang hal tersebut. 

Ini juga bermakna harganya dinaikkan daripada RM2.84 menjadi RM2.95. Tambah beliau, sejak tahun lepas, pihak pembekal gula telah mula mengadakan permohonan kenaikan harga kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), supaya mengurangkan kos operasi. 

KPDNKK meluluskan permohonan selepas sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, dan kenaikan berkuatkuasa mulai 1hb Mac. Difahamkan, kenaikan kali ini disebabkan harga gula asli antarabangsa semakin meningkat, tambahan lagi nilai mata wang yang turut kian merosot, mengakibatkan kilang penghasil gula tempatan mengalami kos operasi yang meningkat juga.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon