Bila melibatkan isu halal dan juga makanan, memang tak dinafikan rakyat Malaysia pantang disentuh dengan hal tersebut. Memang sensitif!
Laman Penang Kini mendedahkan Sabtu lepas sebuah organisasi telah membuat hari karnival sukan untuk para pekerjanya di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Memiliki hampir 95 peratus pekerja beragama Islam, mereka terkejut bila mendapati pihak yang menguruskan katering dan yang menyediakan makanan itu adalah dari kalangan bukan Islam.
Malah, selepas menyedari hal tersebut, ada pihak meletakkan kertas amaran supaya tidak makan kerana diragui status halalnya. "Macam mana boleh biarkan non muslim masak makanan untuk staff orang Islam?"
"Sebungkus nasi yang dibekalkan oleh katering itu bernilai RM10 dan kesemuanya ada 800 bungkus yang dibekalkan pada hari tersebut."
Begitulah yang dipaparkan menerusi Penang Kini. Seperti yang dijangka, pelbagai komen yang dilontar oleh kalangan netizen.
Ada yang menganggap pihak pengurusan syarikat itu tidak peka, malah tidak faham mengapa bila majoriti penggunanya Islam dibekalkan makanan yang tidak tahu status halalnya.
Ada juga yang menganggap Penang Kini sengaja mencetuskan kontroversi yang dianggap rasis. Tak kurang juga yang berkata, tiada salahnya mengambil makanan yang dimasak oleh mereka yang bukan Islam dan tidak melihat ia sebagai satu masalah.
"Kedai mamak boleh pula? Mereka pun ramai pekerja bukan Islam," ujar seorang netizen yang menyindir mereka yang 'banyak cakap' ini.
"Di Singapura banyak company katering tauke bukan Islam, tapi company ada sijil halal."
"Hotel pun ramai je chef bukan Islam masak."
Itulah antara komen yang diberikan. Yang pastinya, ada yang menerima hal tersebut dan menganggap bukan satu masalah bagi mereka, namun bagi segelintir yang lain ia begitu sensitif kerana status halal tidak terjamin.
Kesimpulannya, tidak harus menjadikan isu ini untuk menghentam bangsa dan agama lain. Makanan halal tiada kaitan dengan rasis kan?
Memang sebaiknya elakkan mengambil makanan yang tak terjamin status halalnya, namun elakkan juga memberi komen yang berbentuk rasis. Kepada pihak organisasi pula diharap lebih sensitif dan peka dengan isu halal ketika mengambil tempahan mana-mana katerer.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon