Jika Harga Terlalu Murah, Ianya Adalah Penipuan


Ingat ini – jika sesuatu barang dijual terlalu murah, kemungkinan besar ia adalah penipuan. Ia mungkin hukum terpenting dalam sebarang urus niaga, apatah lagi yang dibuat secara melalui internet di mana pembeli tidak dapat melihat barangan tersebut secara fizikal.

Cara paling mudah mengenal pasti penjual yang menipu adalah harga terlalu rendah berbanding pasaran. Ia sentiasa berlegar sekitar harga. Jika harganya terlalu rendah, dari sana senang untuk mengenal pasti sama ada ia penipuan atau tidak.

Jenayah penipuan semakin memburuk tahun demi tahun, dengan pelbagai taktik penipuan yang digunakan.nPada 2015, polis menyatakan ada lebih 4,000 kes penipuan atas talian, yang turut melibatkan e-dagang, dengan jumlah kerugian RM22 juta.

Di Malaysia, pembeli atas talian dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999, dan mereka yang ditipu boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin dilaporkan berkata perlindungan tersebut sama seperti kepada pembeli di kedai biasa.

Kerajaan juga menguatkuasa Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 bermula Julai 2013, yang menggariskan syarat yang perlu dipatuhi penjual sebelum melakukan perniagaan atas talian.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon