"Malam Itu Malam Terakhir Aku Dengar Suara Mak..Allah Lebih Sayangkan Mak"


Nama aku rose.. aku anak kampung yg miskin yang bercita-cita untuk ubah naseb keluarga dan diri sendiri serta tersangatlah berharap dapat bagi mak ayah aku merasa kesenangan hasil dari titik peluh aku bila aku da bekerjaya nanti.

 Ya memang kehidupan kami sekeluarga agak miskin(walaupun aku tahu ada yang lagi miskin) aku masih ingat lagi dulu masa aku kecik2 aku selalu teman mak aku kutip kangkung dan pucuk paku untuk dijual sebagai wang tambahan untuk tampung perbelanjaan kami sekeluarga. 

Aku tengok kulit mak ayah yg semakin hari semakin hitam terbakar kerana berpanasan mencari rezeki demi membesarkan kami(mak aku putih sebenarnya, ayah aku pun kulit cerah pada asalnya). Aku sendiri tidak pernah merasa tidur atas katil kecuali selepas aku masuk asrama semasa aku di tingkatan satu..kami adik beradik tidur atas tikar mengkuang yang mak aku anyam sendiri.

Kami sekeluarga jarang sangat dapat makan ayam.. bagi kami ayam tu bila ada hari yang tertentu untuk meraikan sesuatu.. dan banyak kisah sedih yg lain lagi (biasalah mak ayah memang sanggup buat apa saja demi anak2 mereka).

Kesemua kepayahan dan kesusahan yang mak ayah kami lalui membuatkan aku tekad untuk bangkit ubah nasib keluarga.. kesungguhan dan keperitan mak ayah aku besarkan kami buatkan aku sedar dan aku perlu buat sesuatu agar mak ayah aku dapat merasa senang di hari tua mereka nanti.. dan alhamdulillah aku diterima masuk universiti awam yang agak terkemuka di malaysia.. saat kali pertama aku melangkah di situ memang niat aku hanya satu ‘ bantu mak ayah’ dan berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan..

Aku sangkakan masa tersebut semakin hampir memandangkan aku sedang berada di tahun akhir. Dan aku tak sabar untuk habiskan pengajian aku dan terus bekerja. Rupanya aku silap. 

Manusia merancang tapi allah juga merancang.. allah lebih sayangkan mak aku.. 4 bulan yang lepas mak pergi menghadap pencipta. Kepergian mak bukan satu kerelaan bagi aku.. aku seolah tak redha dgn takdir.. aku rasa terlalu kesal kerana mak aku pergi sebelum sempat melihat aku pakai jubah konvo tahun ni dan yang paling penting mak aku belum sempat merasa hidup senang lagi..

Semasa aku belajar aku memang jarang balik.. orang lain memang pantang cuti mesti balik rumah. Aku jarang balik bukan sebab tak nak balik tapi sebab nak berjimat.. bukan aku tak jeles tengok kawan2 yang lain balik.. jeles.. cuma aku kena korbankan semua tu sebab tak nak susahkan mereka. 

Sehingga hari2 terakhir mak aku sebelum meninggal pun aku tak balik.. aku buat part time job utk cari duit lebih untuk persediaan aku sebelum praktikal. Aku tak nak mak aku tahu aku susah.. aku sendiri pun tak pasti tangisan aku ni menangis kerana menyesal tidak bersama2 dgn mak aku di saat2 akhirnya atau sebab yg lain.. entahlah.

Tapi aku tersepit kehidupan di bandar perlukan duit.. dan aku tak sanggup nak minta duit banyak dari mereka..jadi aku ambil keputusan tersebut.. oh ya lupa nak bagitahu mak aku meninggal secara mengejut bukan sebab sakit.. kalau mak aku sakit mesti aku akan balik. Aku memang pantau kesihatan mak aku.. belikan vitamin dan selalu ingatkan dia utk jaga kesihatan. Aku mmg xnak mak aku sakit, tapi ajal menjemput xmengenal usia atau kesihatan kan..

Dua minggu sebelum mak aku meninggal aku berdoa sungguh2 aku menangis teruk lepas solat sambil berdoa ‘ ya allah izinkan rose berbakti kepada org tua rose’ ‘ya allah panjangkan umur mereka’ ‘izinkan mereka pergi haji dengan hasil duit rose’. 

Sehingga lah malam terakhir sebelum mak aku pergi aku menangis teruk juga.. aku banyak teringat pengorbanan mak ayah aku.. aku tak boleh tidur sehingga pukul 3 pagi. Malam tu juga mak aku ada call aku.. call utk kali terakhir.. suaranya sayu.

Masih aku ingat lagi mak tanya tentang keperluan aku.. cukupkah duit.. mungkin ni la agaknya sebab aku menangis dan tak boleh tidur mengenangkan pengorbanan mak ayah aku.. kemudian esoknya aku dapat panggilan dari ibu saudara aku dan memaklumkan tentang berita sedih tersebut..

Perasaan lepas kehilangan mak tu memang macam orang gila.. hilang arah tujuan.. tambahan pula memang tengah dekat dengan minggu exam .. minggu yg padat dengan test esaimen dan presentation.. ,,alhamdulillah aku dapat harunginya (sbb aku mmg rasa xkuat hari2 aku nangis sorang2). 

Sekarang ni pun rasa tak kuat juga tapi aku terpaksa juga jadi kuat demi ayah aku.. ayah aku pula terlalu baik..dia berusaha sehabis mungkin utk jadi seperti mak aku.. buat semua perkara yang mak aku selalu dulu2 utk kami adik beradik.. doakan aku jadi anak yg solehah penyeri hati ayah aku..

Buat mak.. doa dari rose sentiasa ada utk mak.. kita tak pernah berpisah mak selagi rose hidup rose akan usaha kirimkan doa dan bacakan yasin utk mak.. yang terpisah hanyalah jasad.. mak sentiasa dihati rose.. rose dapat rasa mak pergi dalam keadaan baik.. terpercik peluh di dahi.. mengalir air jernih dari hidung mak.. dan rose nampak mak senyum pada rose masa terakhir tu.. semoga tuhan menyambut mak di sana dengan penuh kasih sayangNya. Kita jumpa di syurga.. berhimpun satu keluarga.. aminn


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon