Saya dengan husband betul² zero sekarang. Saya just nak tanya, salahkah kalau saya pegang semua duit suami atas sebab suami saya seorang yang tidak pandai berjimat sekiranya dia pegang duit sendiri.
Isunya sekarang nie, SIL saya marah² suami saya sebab saya pegang semua duit suami saya sampaikan semua benda yang suami buat dari zaman arwah ayah dia masih hidup pun kena ungkit. Saya rasa terkilanlah.
Yela, abang dia dah kahwin tapi kena control family. Kalau nak ungkit, saya pun boleh mengungkit, sebab dari saya mula couple dengan abang dia, saya yang banyak tanggung suami, saya yang banyak ubah sikap suami dari boros menjadi seorang yang pandai berjimat, saya yang bantu husband dari segi kewangan semata² nak bagi adik² dia makan.
Susah payah saya nie nak tolong suami jadikan saya yang halal, tapi family dia tahu nak susahkan saya dan suami saja. Pendek kata, saya lagi banyak menghulur bantu suami yang dulunya bf saya tu dari segi kewangan.
Saya latih dia untuk tidak meminta² dengan orang dan dia yang bagi saya simpan duit dia. Saya pegang semua duit suami pun, tapi saya tak pernah halang suami minta duit dia kat saya. Yang penting saya tahu kegunaan duit itu untuk apa.
Salahkah seorang isteri pegang duit suami atas niat tak nak suami boros? Adakah saya nie Queen Control? Lagipun saya dan suami betul² kena berjimat sekarang, nak cari duit deposit untuk cari rumah sewa sendiri. Saya dan suami sanggup menahan lapar hanya kerana nak berjimat.
Saya bagitau husband, saya tak nak duduk dengan family dia, sebab saya tak nak menyusahkan mereka. Lagipun saya berkecil hati sangat dengan apa yang SIL cakap dekat husband. Kalau kata husband sorang je takpe, nie kaitkan saya pasal saya pegang duit dia. Entahlah, saya susah nak explain keadaan yang terjadi pada saya. Saya harap diri saya dan suami tabah menghadapi dugaan baru bernikah nie.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon