"Saya Tak Nak Beg, Saya Nak iPhone Ni Je"


"Saya tak nak pun beg ni, saya nak iphone ni je."

Mendengarkan pengakuan sebegini daripada Si Tangan Panjang membuatkan sesiapa sahaja berasa sedih dan marah pada masa sama.

Seorang pengguna Facebook berkongsi kisah bagaimana begnya dicuri ketika dia sedang menunaikan solat di surau di sebuah pusat membeli-belah. Menurut Anna Lee, dia berjaya menghubungi pencuri itu yang mengaku bersalah hanya selepas diugut gambarnya akan ditularkan.

Tak mahu mengaku kalah, pencuri itu mengugut Anna untuk memberitahu kata laluan iPhonenya. Tapi nasib baik gadis itu masih mampu berfikir dengan waras kerana tiada jaminan si pencuri akan memulangkan semula beg dicurinya.

"Dia ingat kita ni sama-sama bodoh macam dia? Kalau kita tak dapat telefon tu, tak ada makna dia akan dapat. Simpanlah apple digigit semut yang tak berfungsi bersama dengan dosa kau tu," katanya.

Difahamkan, kes kecurian sedemikian memang kerap berlaku di surau berkenaan. Perkongsian entri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata meminta kebenaran gadis itu untuk berkongsi entri berkenaan.

"Kasi semua orang viralkan muka dia," komen netizen. Nak tak nak, terpaksalah Anna pasrah dengan kehilangan beg dan 'apple digigit semut' itu. Semoga pencuri itu tersungkur jua suatu hari nanti. 





Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon