RESPECT! Fizo Omar Tak Akan Buat 'Baby Shower' Macam Artis Lain



Berita baik telah diterima oleh Fizo Omar dan isterinya Mawar Fareeda setelah Mawar disahkan sedang hamil anak pertama beberapa bulan yang lalu.

Dijangkakan, Mawar bakal melahirkan cahaya mata sulung sekitar Disember ini dan sudah tentu pelakon Fizo Omar berasa amat teruja.

Fizo Omar memang sudah tidak sabar untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa.

Kini Fizo Omar telahpun memperlahankan aktiviti seni sejak dua tahun lalu, dan dia lebih fokus kepada bidang perniagaan.

Namun begitu, Fizo Omar tetap mengambil peluan yangada untuk meluangkan masa menghadiri acara hiburan bagi mengeratkan hubungan dengan artis lain.

Pelakon ini telah hadir pada acara Anugerah Skrin 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Fizo Omar yang kini berumur 32 tahun itu sempat berkongsi keadaan isterinya, Mawar yang kini sedang sarat mengandung lapan bulan.

Fizo meluahkan rasa syukur kerana penantian bersama isteri selama empat tahun sejak mendirikan rumah tangga pada 2013 akhirnya berhasil.

Tidak seperti artis artis yang lain, Fizo Omar langsung tidak merancang untuk mengadakan majlis baby shower

Sebaliknya, bagi meraikan kehadiran cahaya mata perempuan pertamanya itu, dia lebih selesa memilih untuk mengadakan majlis doa selamat secara kecil-kecilan selain dihadiri oleh ahli keluarga terdekat termasuk mengundang pelajar tahfiz.


Jom ikuti temubual antara Fizo Omar dan portal hiburan KOSMO:

WARTAWAN: Tahniah kerana Fizo Omar kerana bakal menjadi bapa tidak lama lagi. Boleh kongsikan persiapan yang dilakukan bagi menyambut kelahiran cahaya mata pertama ini?

FIZO: Alhamdulillah, terima kasih. Syukur kerana penantian selama empat tahun kami akhirnya dikurniakan rezeki pada tahun ini. Insya-Allah pada bulan Disember ini, isteri saya akan melahirkan bayi perempuan.

Segala persiapan dilakukan secara sederhana dan tidak berlebihan. Biarpun cahaya mata pertama, saya tetap mengutamakan perkara yang menjadi keperluan bayi terlebih dahulu.

WARTAWAN: Bagaimanakah perasaan anda apabila mengetahui bakal menimang cahaya mata perempuan?

FIZO: Sekiranya bercakap soal jantina saya tidak mempunyai sebarang masalah kerana ia merupakan rezeki Tuhan.

Paling utama ialah kesihatan ibu dan anak. Saya mengharapkan agar bayi yang bakal lahir kelak sihat dan cukup sifat itu sudah cukup memadai. Harap kalian doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.

WARTAWAN: Bercerita mengenai persiapan bayi, adakah anda dan isteri akan mengadakan majlis baby shower seperti kebanyakan selebriti lain?

FIZO: Setiap individu mempunyai pandangan berbeza. Pada saya, sempena meraikan kehadiran cahaya mata pertama ini kami sepakat untuk mengadakan majlis kesyukuran dengan menjemput pelajar tahfiz dan ahli keluarga terdekat.

Menggambarkan suatu permulaan yang baharu buat bayi kelak, saya selesa majlis dilakukan secara sederhana. Selain itu, kami juga perlu membuat persiapan daripada segi mental dan penerimaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.

WARTAWAN: Bolehkah anda kongsikan pengalaman sepanjang tempoh awal kehamilan isteri?

FIZO: Ia suatu pengalaman luar biasa yang sentiasa membuatkan saya berasa teruja. Syukur isteri tidak mempunyai sebarang alahan mahupun mengidam sesuatu yang luar biasa.

Segalanya berjalan lancar, kesihatan isteri dan bayi juga tidak mempunyai sebarang masalah. Saya berasa gembira dan bersyukur dengan rezeki ini serta berterima kasih kepada isteri.

Disebabkan isteri tidak mengalami banyak masalah sewaktu awal kehamilan, kadangkala saya terlupa yang dia kini sedang berbadan dua.

WARTAWAN: Kebanyakan selebriti tempatan masa kini gemar membuka akaun media sosial, Instagram buat anak masing-masing. Adakah anda juga akan melakukan perkara sama?

FIZO: Sukar untuk saya beri pandangan mengenai hal tersebut kerana segalanya bergantung pada sudut pandangan masing-masing.

Secara peribadi, buat masa sekarang saya belum terfikir untuk berbuat demikian. Sekiranya ia berlaku pada masa akan datang, segala gambar yang dimuat naik hanya bertujuan untuk menyimpan kenangan indah bersama anak dan keluarga.

Tiada sebarang tujuan untuk mengkomersialkan bayi pada peringkat awal kerana saya ingin menumpukan perhatian terhadap perkembangan tumbesarannya kelak.

WARTAWAN: Beralih terhadap bidang kerjaya, bagaimanakah aktiviti seni anda sekarang?

Tidak dinafikan sejak dua tahun lalu saya banyak fokus terhadap pengurusan perniagaan dan menjadi penceramah untuk seminar perniagaan. Sejak isteri hamil rezeki kami semakin bertambah.

Saya memang memperlahankan aktiviti seni tetapi itu bukan bermaksud melupakan terus. Buat masa ini saya masih berusaha untuk mengukuhkan kedudukan dalam bidang perniagaan.

Sekiranya tiba masa yang sesuai, insya-Allah saya akan kembali berlakon. Saya hadir ke acara hiburan seperti Anugerah Skrin bertujuan bagi mengeratkan hubungan sesama artis dan mengikuti perkembangan dunia hiburan.


Itulah temubual antara wartawan Kosmo dengan pelakon kacak Fizo Omar. Memang ramai yang dah tak sabar menanti kelahiran anak pertama Fizo Omar dan juga Mawar Fareeda ini.


Semoga segala urusan berjalan lancar. Selamat maju jaya diucapkan kepada Fizo Omar.

Sumber Temubual: Kosmo!

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon