"Saya Patah Semangat, Dah Tak Mahu Menyanyi.." Stacy Akui Segalanya Berubah Selepas Bersalin


Penyanyi popular dari Sabah, Stacy memang terkenal dengan suara yang sedap dan tarian yang tangkas.

Stacy telah menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin dengan rakan artis, Akim Ahmad pada 5 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah.

Pasangan penyanyi yang bakat kedua dua mereka dicungkil dari pentas Akademi Fantasia ini, telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 17 Februari lalu.

Namun selepas berehat panjang kerana bersalin anak pertama, segalanya berubah.


Stacy sendiri membuat kenyataan, akui berasa patah semangat apabila tidak mendapat semula suaranya untuk menyanyi selepas bersalin.

Stacy berkata, perkara berkenaan dilalui hampir tujuh bulan sehingga dia telah menolak beberapa tawaran persembahan nyanyian.

Ini komen Stacy tentang isu ini:

"Hampir setahun lebih saya berehat membuatkan suara saya hilang, saya tidak boleh nyanyi, saya sangka ia adalah kesan kerana baru lepas bersalin.

"Saya betul-betul patah semangat hingga rasa tidak mahu menyanyi. Tapi bila saya fikir positif dan cuba pergi ke gimnasium untuk mencari stamina suara itu kembali semula,"

Jumaat lalu, Stacy kembali bertenaga dan menemui semangatnya semula dan telah membuat persembahan di Anugerah Skrin 2017, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Imbas kembali keadaannya yang hilang semangat, Stacy berkata, dia pernah memberitahu suaminya penyanyi Akim Ahmad bahawa dia ingin berundur dari industri disebabkan masalah itu.

Bagaimanapun, Akim menasihatkan supaya Stacy bersabar dan membeli set karaoke untuk dia berlatih.

Ini pendedahan Stacy:

"Sampai satu tahap saya cakap dengan Akim biar dia sahaja yang cari makan kerana saya sudah tidak boleh menyanyi.

"Mana tidaknya suara saya jadi seperti suara lelaki dan tidak sampai untuk menyanyi nada tinggi,"

Dengan usaha yang keras, Stacy kini dalam proses mengembalikan suara dan rentak tariannya seperti sebelum bersalin.

"Alhamdulilah, suara saya sedikit demi sedikit kembali tapi saya perlu lebih banyak berlatih. Begitu juga tarian, sekarang saya rasa semput untuk menari tidak seperti dahulu,"

Stacy kini telah tampil dengan lagu baru berjudul Cakap Ke Tangan, merupakan lagu rancak dan catchy.

Semoga Stacy kembali kuat semangat! Bakat Stacy memang rare dan amat hebat!

Sumber: mStar




Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon