Akhirnya Buat Pertama Kali, Ini Kenyataan Dari Ibu Iqram Dinzly

 
Ini satu lagi artikel dari Berita Memey berkenaan pelakon yang sedang viral iaitu Iqram Dinzly.

Berita Memey difahamkan, ibu kepada pelakon Iqram Dinzly iaitu Lalitol Akmar Mohamed Shaffie akhirnya tampil membuat kenyataan kepada pihak media.

Melalui portal mStar, ibu Iqram Dinzly ini menjelaskan bahawa dia sedar akan pelbagai cemuhan yang dilemparkan pengikut laman sosial termasuk mendakawa anaknya itu gila dan sesat.

Lalitol Akmar yang kini berumur 67 tahun, berkata, dia langsung tidak menghiraukan tuduhan itu kerana anak nya itu bersikap seperti orang biasa, seperti yang dia kenal, ketika di rumah.

Ini penjelasan ibu Iqram Dinzly:

"Saya sedar akan cemuhan yang dilemparkan terhadap Iqram, namun saya idak hirau dengan apa yang mereka katakan kerana dia berkeadaan biasa sahaja di rumah.

"Biarlah apa orang nak cakap, kita tidak mampu menutup mulut mereka".

Lalitol Akmar memang sedar keadaan yang berlaku sehingga menajdi viral tetapi percaya dengan anaknya itu sihat dan dalam keadaan biasa. Wanita itu ditemui di rumahnya di Ipoh, Perak.

Iqram Diznly kini tinggal bersama ibunya di rumah berkenaan.

Sebelum ini aksi Iqram Dinzly di laman Instagram mendapat reaksi bercampu baur dari netizen selepas dia berkongsi video dengan aksi yang pelik seperti sedang menari, menyanyi termasuk bermain dengan senjata tajam.

Perbuatan Iqram Dinzly itu turut menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berhasrat bertemu dengannya.

Dalam pada itu, Lalitol Akmar berkata, Iqram Diznly terlalu bersabar terhadap orang ramai yang banyak menghinanya sejak dia menjaga arwah ayahnya, Khalib Abd Majid di hospital.

Untuk pengetahuan, ayah Iqram Dinzly meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Ini pendedahan ibu Iqram lagi:

"Selama ini semasa menjaga arwah ayah di hospital, Iqram menerima pelbagai jenis penghina namun dia tetap bersabar.

"Namun Iqram terus dikutuk semasa membuat ‘live video’ di laman sosial Instagram dan dia sudah tidak boleh menahan sabar lagi"

Sementara itu, Lalitol Akmar berkata dia ada menegur anaknya itu jika Iqram Diznly berkelakuan di luar batasan.


Ini komen Lalitol:

"Sebagai ibu, auntie ada tegur mana yang perlu namun Iqram menjelaskan dia tahu apa yang dilakukannya.

Itulah komen dari Lalitol Akmar ibu kepada Iqram Dinzly. Berita Memey harap isu ini akan berakhir juga. Semoga Iqram dan keluarga bahagia selalu dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.

Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon