"Hazami Lupa Lirik.. Ketika Solo Pula Bergoyang" - Dato Ramli MS
Gegar Vaganza musim ke empat telahpun tamat dengan Aishah telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama sekaligus membawa hadiah wang tunai, sebidang tanah lot, percutian ke Eropah, barang kemas dan banyak lagi.
Tidak dinafikan kemenangan Aishah dan juga kedudukan penyanyi Liza Hanim di tempat kedua membuatkan ramai berpuas hati dan akur dengan keputusan pihak juri.
Namun, lain pula ceritanya jika dibandingkan dengan tempat ketiga dan keempat.
Ada pihak yang kurang berpuas hati hingga menimbulkan perang mulut antara peminat Hazami dan juga peminat Lan Solo.
Peminat Hazami berkata penyanyi Sonata Musim Salju ini lebih layak dan patut berada di tempat Lan iaitu di tempat ketiga.
Ini menyebabkan penyokong Lan yang kini digelar Lan Solo berang dan mengatakan semua itu rezeki masing-masing dan menganggap pihak juri telah lakukan keputusan seadil-adilnya dan cukup profesional.
Sewaktu pengumuman kemenangan mereka, Lan dan Hazami mempunyai markah yang hanya dibezakan sebanyak 0.4% sahaja.
Lan Solo diberi markah 70.4% manakala Hazami dengan markah 70%. Memang amat sengit!
Melalui sidang media selepas konsert tersebut melabuh tirai, ini jawapan para juri iaitu Datuk Ramli MS dan juga Hetty Koes Endang tentang kedudukan kedua dua peserta final Gegar Vaganza musim ke empat ini.
Kata Dato Ramli MS, sebenarnya ada beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh Hazami ketika membuat persembahan di pentas final, malam Ahad yang lalu.
Sebagai seorang juri profesional dan mempunyai beberapa kemudahan untuk mendengar nyanyian mereka, Ramli dapat dengar dengan jelas segala kesalahan itu.
Tambahnya, dia memahami situasi Hazami yang mungkin agak nervous ketika berada di malam final.
Sebenarnya, Dato Ramli MS mendedahkan, ketika sesi latihan, Hazami telah lakukan persembahan yang terbaik.
Ini pendedahan Dato Ramli MS:
"Yang jelas saya pakai earphone, sewaktu battle, dia lupa lirik. Manakala sewaktu solo, bergoyang. Itulah point yang saya berikan. It’s about keadaan jiwa menyanyi tetapi saya tidaklah kecewa, saya faham semua ini kerana live final dan gemuruhnya banyak faktor.
"Sewaktu latihan, semuanya sempurna. Kerana tiada penonton dan tiada tekanan serta kelongaran sepanjang latihan, Hazami kelihatan sangat tenang, tidak terlalu risau tentang teknikal, menjiwai jadi saya menganggap dia sangat bagus!"
Ini pula komen dari seorang lagi juri profesional yang berasal dari Indonesia iaitu Hetty Koes Endang.
Menurutnya, ada beberapa pergerakan Hazami yang telah mempengaruhi mutu persembahannya pada malam itu ketika nyanyian solo.
Terutamanya apabila beberapa pergerakan yang dilakukan oleh Hazami malam tadi tidak sama seperti yang berlaku sepanjang latihan.
Ini komen Hetty:
"Markah malam ini sangat tipis, bukan bermaksud bila Hazami berada di tangga keempat dia tidak bagus.
"Sesiapa sahaja yang memasuki pertandingan, jangan sesekali mengambil risiko untuk menyanyi sambil duduk kerana ia mempunyai perbezaan.
"Bagi saya, apabila hazami bermain piano dan berjalan ia mempengaruhi nyanyian Hazami sehingga menyebabkan ia bergetar. Kena hati-hati!"
Itulah penjelasan daru juri tetap rancangan Gegar Vaganza musim ke empat ini.
Memang tidak dapat dipertikaikan lagi keputusan juri yang kedua duanya amat profesional dan hebat!
Harap para peminat Hazami dan Lan faham dengan jelas akan situasi mereka dan haruslah akur dengan permarkahan juri. Terima lah dengan hati terbuka.
Apapun tahniah kepada kesemua para peserta yang memberi persembahan yang amat hebat pada malam final itu.
Sumber: Media Hiburan
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon