Isteri Johan, Ozlynn Kini Sah Mengandung Anak Kelima.. TAHNIAH!!



Ini satu berita baik yang baru sahaja diterima mengenai isteri kepada pelawak popular, iaitu Johan Raja Lawak.

Pelakon Ozlynn Watie yang juga isteri kepada pelawak popular dan penyampai radio Era, Johan, akhirnya telah membuka mulut, mengesahkan dirinya kini sedang hamil.

Kehamilan ini merupakan yang kelima buat Ozlynn yang kini berumur 36 tahun.

Ozlynn mendedahkan perkara ini ketika dihubungi oleh portal Astro Gempak.

Dia memberitahu mula menyedari perubahan berlaku pada dirinya sejak menyertai pertandingan realiti Super Spontan Superstar (SSS) 2017.

Ini pendedahan Ozlynn tentang hal ini:

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.

"Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018"

Ketika ditanya adakah dia tahu mengenai berita kehamilannya yang di keluarkan di sebuah portal gossip sebelum ini, Ozlyn memberitahu, maklum mengenai perkara tersebut.

"Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi.

"Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil"

Ketika dihubungi Astro Gempak, Ozlyn sedang dalam persiapan untuk bercuti bersama keluarganya di Jepun.

Tetapi yang sebetulnya, dia bukan pergi ke Jepun bukan semata-mata untuk bercuti sahaja, tetapi ada kerja juga.

Ini komen Ozlynn Watie lagi:

"Yang sebetulnya saya pergi bekerja di sana, tetapi alang-alang saya bawa anak-anak sekali.

"Nak cari hari bercuti agak sukar kerana sibuk dengan penggambaran, jadi saya ‘curi masa’ sikit,"

Tahniah diucapkan kepada Ozlynn dan juga Johan. BeitaMemey harapkan agar, semoga segala urusan berjalan dengan baik dan lancar.

Sumber: Astro Gempak

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon