Isu Baitulmaqdis. Presiden Palestin Makin BERANI. Ucapan Terkini Buat Amerika Makin CUAK | Saya Luv Islam – Kalau dulu Palestin selalu akur sahaja dengan saranan Amerika tetapi kini sangat beza. Ikuti ucapan berani Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang buat Amerkika terus cuak.
PALESTIN DAH TAK CAYA AMERIKA
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata rakyatnya tidak akan menerima sebarang pelan damai dicadangkan Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan Washington mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Pentadbiran Presiden Donald Trump sedang menyiapkan satu pelan secara sulit yang dijangka dibentangkan kepada kedua-dua pihak pada 2018.
“AS terbukti pengantara tidak jujur dalam proses damai ini dan kami tidak lagi akan menerima sebarang pelan damai daripada Washington,” kata Abbas selepas bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron di sini.
UGUTAN AMERIKA KEPADA NEGARA LAIN MELAMPAU
Abbas turut menyelar tindakan AS menakut-nakutkan negara lain sebelum undian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam yang menyaksikan 128 negara mengutuk keputusan Washington.
“Saya berharap yang lain mendapat pengajaran dan memahami anda tidak boleh mencari penyelesaian menggunakan wang dan cuba membeli negara lain,” tambahnya.
Duta AS, Nikki Haley, yang mengingatkan sumbangan besar Washington kepada PBB turut memberi amaran, undian itu akan menjejaskan ‘bagaimana Amerika melihat negara yang tidak menghormati kami di PBB.’
KEPUTUSAN UNDI PBB
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini mencatat undian 128 menyokong Resolusi Baitulmaqdis manakala sembilan menentang usul menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Sebanyak 35 negara lain berkecuali dalam undian berkenaan.
Malaysia adalah antara 128 negara yang tidak sokong dengan tindakan Amerika umum Baitulmaqdis ibu kota Israel.
RAMAI NEGARA TIDAK ENDAH DENGAN UGUTAN AMERIKA SEBELUM NI
Terdahulu, Presiden Donald Trump memberi amaran sebelum undian 193 negara, Washington ‘memerhati rapat’ dan mengeluarkan ugutan bertindak balas terhadap negara yang menyokong langkah itu.
Trump mengancam memotong bantuan kewangan kepada negara yang mengundi menyokong undian terbabit.
RESPONS PALESTIN
Keputusan undian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menolak pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dianggap Palestin satu kejayaan buat mereka.
Jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah yang mengalu-alukan keputusan undian itu berkata, ia adalah satu kejayaan buat Palestin.
“Kami akan meneruskan usaha di PBB dan semua forum antarabangsa untuk menamatkan penjajahan di wilayah kami serta mewujudkan sebuah negara Palestin dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” katanya.
Katanya, keputusan itu sekali lagi mengesahkan usaha Palestin mendapat sokongan undang-undang antarabangsa dan tiada keputusan oleh mana-mana pihak boleh mengubah realiti.
Sementara itu, Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu berkata, masyarakat antarabangsa menunjukkan dalam undian PBB berkaitan status Baitulmaqdis bahawa ‘maruah dan kedaulatan bukan untuk dijual.’
RESPONS SOMBONG NEGARA ISRAEL
Wakil Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertekad bahawa negaranya tidak akan ‘diusir’ dari Baitulmaqdis.
Negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mencatat undian 128 menyokong manakala sembilan menentang (128-9) usul menolak pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas wilayah itu sebagai ibu kota Israel.
“Tiada resolusi Perhimpunan Agung akan mengusir kami dari Baitulmaqdis,” kata Duta Israel ke PBB, Danny Danon pada sesi tergempar perhimpunan 193 negara itu.
Satu deraf resolusi menolak tindakan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dihantar ke Perhimpunan Agung selepas AS mengguna kuasa veto pada peringkat Majlis Keselamatan Isnin lalu.
Sementara itu, Menteri Luar Palestin Riyad al-Malki, berucap dalam perhimpunan ketika sesi dijalankan, merayu sokongan dan merujuk amaran AS bahawa ia ‘mengambil nama’ dalam kalangan negara yang membantahnya di PBB.
“Organisasi ini (PBB) kini sedang mengalami ujian tidak dijangka. Sejarah merekodkan nama, ia mengingati nama, nama mereka yang berdiri menyokong siapa yang benar dan nama yang bercakap bohong. Hari ini kami menuntut hak dan perdamaian,” katanya.
Sumber: Berita Harian
The post Isu Baitulmaqdis. Presiden Palestin Makin BERANI. Ucapan Terkini Buat Amerika Makin CUAK appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber :
EmoticonEmoticon