(VIDEO) Datuk Aliff Syukri Kena Buli Dengan Bini Sendiri Di MeleTOP Sampai Merajuk!


Datuk Seri Aliff Syukri merupakan satu ikon ushawan yang amat berjaya di Malaysia.

Nama Aliff Syukri yang popular dengan tagline Terlajak Laris, memang tidak dapat dinafikan antara instafamous yang amat berpengaruh di Malaysia.

Apa sahaja yang dibuat Aliff Syukri sering mendapat perhatian di sosial media tak kira lah sama ada perkara berkenaan melibatkan kontroversi dan juga isu panas.

Sememangnya diketahui, Aliff Syukri gemar berkongsi kemewahan dan kejayaan yang dikecapi untuk menjadi inspirasi orang ramai.

Selasa lalu, Aliff Syukri dan isterinya telah hadir ke set MeleTOP untuk mempromosikan lagu terbarunya berjudul Abang Nak Tegur.

Ketika siaran ini berlangsung, memang teruk Aliff Syukri kena bahan dengan pengacara dan juga isterinya sendiri sehingga keadaan studio menjadi hangat!.

Dalam satu topik yang dibincangkan, ada yang bertanya adakah Alif Syukri berasa riak dengan tayangkan barangan berjenama miliknya di laman media sosial.

Datuk Aliff Syukri terus mempertahankan diri bahawa dia sebenarnya bukan jenis suka menunjuk di media sosial namun telah diselar oleh isterinya bahawa sememangnya suami suka riak.

"Kesimpulannya memang awak riak" - kata isteri Aliff Syukri, Datin Shahida secara spontan.

Oleh kerana kenyataan mengejut dari mulut Datin Shahida, Aliff Syukri ternyata sentap dan tidak dapat berkata apa-apa kerana telah dibuli oleh isterinya sendiri.


Aliff Syukri telah merajuk dan mengatakan semua membahannya di dalam set tersebut.

"Semua kutuk saya tau, Lofa kutuk, kau kutuk.." - kata Aliff Syukri sambil merajuk

Memang seronok melihat gelagat pasangan suami isteri ini di rancangan MeleTOP itu.

Ini videonya: (nak tonton bab merajuk tu start minit ke 9.00)


Berbalik kepada lagu terbarunya berjudul Abang Nak Tegur, Aliff Syukri sebenarnya telah mencuba banyak kali untuk memujuk isterinya, agar menggantikan tempat Nur Sajat.

Namun Shahida mempertimbangkan rayuan suaminya itu dan akhirnya bersetuju untuk menyanyi Duet dengan suami sendiri bagi menghasilkan lagu Abang Nak Tegur 2.0.

Menerusi rancangan hiburan popular MeleTop di Astro, Datin Shahida mengakui dia bersetuju untuk menyanyi bukan kerana suaminya tetapi Datuk Norman yang memberi perangsang.

"Saya menyanyi bukan kerana Datuk Aliff Syukri tetapi kerana Datuk Norman" - kata Shahida.

Namun begitu, Datin Shahida tidak dapat ke Spain untuk membuat muzik video keraan kini sedang hamil 3 bulan. -MeleTOP

Sumber: MeleTop

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon