Tentera Qatar Tunjuk Kekuatan Peluru Berpandu Barunya Yang Buat Israel TERKEDU | Saya Luv Islam – Ketika Qatar dipulau oleh beberapa negara Arab yang lalu, Palestin antara negara yang “bangun” mempertahankan Qatar. Dan kini, ketika Israel sedang “mbuli” Palestin, selain Turki, Qatar mula nyatakan bantahan kepada Israel/Amerika. Antara bantahan dalam diam Qatar adalah pembelian ratusan peluru berpandu jarak sederhana baru-baru ini. Allahuakbar.
QATAR BERI AMARAN
Sikap anti-Israel makin meluas. Beberapa buah negara Teluk kini mula ikut mengambil sikap ketidaksetujuan atas kebongkakan Israel. Salah satunya yang telah ditunjukkan oleh negara Qatar.
Pemerintah Qatar dikhabarkan telah membeli dan menyiapkan 254 peluru berpandu terbarunya untuk langkah bersiap sedia atas segala kemungkinan yang bakal berlaku.
“Qatar memiliki kemampuan ketenteraan untuk melindungi negara manapun, termasuk Palestin dari ancaman penjajah mahupun pembulian Israel. Qatar tidak akan teragak-agak untuk menggunakan peluru berpandu tersebut dalam angkatan tenteranya,” jelas wakil tentera Qatar yang dipetik dari Sputnik.
Ketika krisis Masjid Aqsa menjadi bualan dunia, tentera Qatar dilihat sedang membuat percubaan tembakan peluru berpandu yang baru dibelinya di lokasi yang tidak diketahui.
PEMBELIAN PELURU BERPANDU BUATAN USA
Seperti diketahui, peluru berpandu automatik yang baru sahaja dimiliki Qatar ini sangat kecil dan ringan, serta telah digunakan oleh beberapa sekutu AS sebelum ini.
Peluru berpandu ini dilengkapi dengan kawalan infra merah untuk memudahkan mengenai sasaran dan tidak bersuara kerana berputar saat ditembakkan, seperti peluru yang diletupkan dari sempadan.
Semakin hari di kebanyakan negara-negara Teluk membeli dan memborong untuk membeli bagi meningkatkan kemampuan ketenteraan.
Walau dalam kenyataan Qatar tidak menjelaskan secara langsung yang mereka akan gunakan peluru berpandu tersebut terhadap Israel, tapi ada bayangan yang ianya sebagai amaran terhadap negara Israel yang sangat kecil itu. Dan memang selepas pengumuman itu, Israel tampaknya mula “berlembut” di Masjidil Aqsa. Wallahualam.
BACA NI : Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP
BACA NI : Pelan RAHSIA Putera Muhammad Salman TERDEDAH Buat Kuasa Besar Dunia CUAK
BACA NI : Kejutan. Israel Tiba-Tiba Serang Syria. Puncanya Amat MENGEJUTKAN
Sumber : Khalifah Mail Online via Era Barus
The post Tentera Qatar Tunjuk Kekuatan Peluru Berpandu Barunya Yang Buat Israel TERKEDU appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber :
EmoticonEmoticon