Isu Baitulmaqdis. Lepas Lama BERDIAM DIRI Akhirnya PBB Mula Bersuara…

Isu Baitulmaqdis. Lepas Lama BERDIAM DIRI Akhirnya PBB Mula Bersuara… | Saya Luv Islam – Ketika banyak negara dunia menentang langkah Trump umum Baitulmaqdis jadi ibu kota Israel, akhirnya lepas lama berdiam diri, PBB mula mengeluarkan draf resolusi sebagai jawapan yang ditunggu ramai. Jom baca dan kongsikan. Allahuakbar.

PENGIKTIRAFAN TRUMP TAK SAH

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempertimbangkan resolusi draf mendapati sebarang perubahan kepada status Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan perundangan, dan perlu dikekal seperti sebelum itu.

Mesir mengedarkan teks draf itu semalam, dan diplomat berkata, majlis akan mengundi berhubung langkah dicadangkan seawal esok.

Presiden Donald Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel pada 6 Disember lalu yang mencetuskan bantahan dan kritikan keras.

Resolusi itu menekankan Baitulmaqdis ialah isu yang perlu diselesaikan menerusi rundingan dan meluahkan kekesalan mendalam terhadap keputusan mengenai Baitulmaqdis, tanpa menyebut tindakan Trump.

“Sebarang keputusan dan tindakan yang mengubah sifat, status atau kedudukan demografi Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan perundangan, tidak sah dan terbatal dan perlu dibatalkan,” menurut draf.

AMERIKA AKAN GUNA KUASA VETO

Diplomat berkata, mereka menjangka AS akan menggunakan kuasa veto untuk menghalang langkah itu, manakala kebanyakan 14 negara anggota majlis berkenaan dijangka menyokong resolusi itu.

Draf itu menggesa semua negara tidak membuka kedutaan di Baitulmaqdis, membayangkan kebimbangan kerajaan lain akan mengikut jejak AS.

Ia menuntut semua negara anggota tidak mengiktiraf sebarang tindakan yang bertentangan dengan resolusi PBB mengenai status bandar raya berkenaan.

BACA NI : Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP

BACA NI : Pelan RAHSIA Putera Muhammad Salman TERDEDAH Buat Kuasa Besar Dunia CUAK

BACA NI : Kejutan. Israel Tiba-Tiba Serang Syria. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Sumber : Berita Harian

The post Isu Baitulmaqdis. Lepas Lama BERDIAM DIRI Akhirnya PBB Mula Bersuara… appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :


EmoticonEmoticon