(VIDEO) Azwan Ali Mohon PM Najib Nak Bertanding Di Bukit Antarabangsa, Sanggup Puasa 6 Bulan..


Kini nama selebriti yang penuh dengan kontroversi iaitu Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA sedang hangat diperkatakan.

Ini ekoran penglibatannya dalam perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung ketika ini.
Pelbagai pendedahan di buat olehnya ketika menghadiri persidangan tersebut.

Antara isu paling lantang dibawa oleh Azwan Ali ialah untuk menewaskan abangnya iaitu Azmin Ali, Menteri Besar Selangor.

Pada 6 Disember yang lalu, selebriti Azwan Ali dalam satu temubual mengatakan bahawa dia akan berpuasa selama enam bulan sekiranya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan dia bertanding di Dun Bukit Antarabangsa.

Bukit Antarabangsa ialah DUN dimana Azmin Ali bertanding.

Ini videonya:


Selain itu, kecoh juga apabila pengacara yang amat terkenal dengan kelantangannya untuk bersuara ini, mencabar abangnya, Azmin Ali untuk sumpah laknat dengan bersaksikan tujuh imam tentang semua perkara yang dinafikan oleh Azmin Ali.

Kata Azwan Ali, sebagai individu yang 'tidur sebantal' dengan Azmin, dia tahu segala rahsia abangnya itu selama ini.

Ini komen Azwan Ali:

"Bertahun-tahun saya simpan rahsia dia tapi apa saya dapat? Depan saya bukan main baik lagi, belakang.. dia cakap saya pondan lorong dekat arwah mak, sampai bila saya nak diam?

"Azwan menunjukkan harapan yang kita (Barisan Nasional) boleh menawan dan mengalahkan Azmin dan merampas semula Selangor.

"Kita akan berusaha mengembalikan Selangor kepada pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak"

Itulah komen dari Azwan Ali tentang keputusannya untuk bertanding di Bukit Antarabangsa menentang abangnya sendiri.

Sumber: Utusan

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon