Tragedi Solat Jumaat. KEJAM Empat Rakyat Palestin Maut DITEMBAK Askar Israel. Ada VIDEO. | Saya Luv Islam – Selepas solat jumaat je, askar Zionis terus menyerang jemaah masjid menyebabkan empat terbunuh dan puluhan cedera. Kejamnya. Semoga Allah permudahkan urusan saudara Islam kita di Palestin ya Allah. AMIN. Ada video.
DISERANG SELEPAS SOLAT JUMAAT
Empat rakyat Palestin terbunuh, manakala ratusan lagi dilaporkan cedera, ketika askar rejim Zionis secara ganas menyerbu penunjuk selepas solat Jumaat di wilayah diduduki di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Media tempatan melaporkan Muhammad Amin Aqel al-Adam, 18 tahun, meninggal dunia selepas ditembak beberapa das oleh askar rejim Zionis ketika tunjuk perasaan selepas solat Jumaat di Ramallah, Tebing Barat.
Seorang lagi rakyat Palestin juga ditembak mati beberapa jam kemudian di Tebing Barat, manakala dua lagi ditembak ketika mengadakan tunjuk perasaan di sempadan Semenanjung Gaza.
SALAH SEORANGNYA LELAKI BERKERUSI RODA
Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan, Yasser Sokhar, 31, dan Ibrahim Abu Thuraya, 29, kedua-duanya ditembak di kepala ketika tunjuk perasaan di Gaza.
Ibrahim sebelum ini hilang kaki dalam serangan askar Zionis di Gaza.
Pengguna media sosial berkongsi klip video Ibrahim di atas kerusi roda yang meminta rakyat Palestin bangkit meneruskan tentangan terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, 6 Disember lalu.
VIDEO IBRAHIM SYAHID
Sementara itu, Basil Mustafa, 24, pula ditembak mati oleh askar rejim Zionis di Anata, bandar antara Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Lebih 164 rakyat Palestin juga dilaporkan cedera di Semenanjung Gaza selepas terkena tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata, ketika mengadakan tunjuk perasaan. Lima daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Kementerian Kesihatan juga melaporkan 103 orang awam cedera di Baitulmaqdis dan Tebing Barat selepas askar rejim Zionis menembak gas pemedih mata ke arah mereka.
Sementara itu, di bandar Hebron, Tebing Barat, askar Israel menembak gas pemedih mata ke arah kira-kira 3,000 penunjuk perasaan.
VIDEO RAKYAT PALESTIN DISERANG TENTERA ISRAEL LEPAS SOLAT JUMAAT
Beberapa penunjuk perasaan yang berada berdekatan Pintu Damascus – laluan untuk memasuki bandar lama Baitulmaqdis Timur – dipukul, manakala sesetengahnya melarikan diri apabila askar rejim menggunakan pasukan berkuda untuk mengempur mereka.
SEMENTARA DI TEBING BARAT PULA
Rakyat Palestin hari ini meneruskan lagi protes sebagai membantah dan mengecam keputusan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Bantahan diadakan selepas solat Jumaat, di mana rakyat Palestin berhimpun di sekitar jalan di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Di Tebing Barat, rejim Israel bertindak melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah penunjuk perasaan menyebabkan pertempuran berlaku.
Awal hari ini, rejim Tel Aviv menyerang bandar Halhul di Tebing Barat sehingga menyebabkan pertempuran dengan penduduk Palestin.
Beberapa rakyat Palestin dilaporkan cedera ketika pasukan rejim melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan pertempuran.
Ketegangan di wilayah Palestin tercetus sejak 6 Disember lalu susulan pengumuman Presiden Donald Trump mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan keputusan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke tapak suci itu.
Sumber: Saya Luv Islam via Ismaweb
The post Tragedi Solat Jumaat. KEJAM Empat Rakyat Palestin Maut DITEMBAK Askar Israel. Ada VIDEO. appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber :
EmoticonEmoticon