Lelaki Maut DIGILIS. Pekerja Stesen Minyak Akhirnya Buka Mulut Bagitau CERITA Waktu Kejadian.. | Saya Luv Islam – Hari ni negara digemparkan dengan kes seorang lelaki maut dipukul dan digilis dengan kereta di Johor Bahru. Lepas lama berdiam diri, akhirnya pekerja stesen minyak cerita detik cemas ketika kejadian. Ada video. Allahu. Kongsikan.
INGATKAN HANYA BERGADUH BIASA
Saksi kejadian seorang lelaki maut diserang sebelum digilis kereta di stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini malam tadi, tidak menyangka suspek tergamak bertindak demikian.
Pekerja stesen minyak yang mahu dikenali sebagai Ismail, 53, menyedari pergaduhan berlaku selepas terdengar suara wanita menjerit dalam bahasa Mandarin.
TERDENGAR BUNYI LETUPAN
“Saya ingatkan ia pergaduhan biasa sebelum mendengar bunyi letupan. Saya terus berlari ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku.
“Tak lama selepas itu saya nampak sebuah kereta BMW melanggar mangsa dan pemandunya mengundurkan kenderaan lalu menggilis mangsa,” katanya ketika ditemui BH di lokasi kejadian, hari ini.
Tinjauan BH mendapati pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan di kawasan kejadian.
Ismail kemudian melihat kereta BMW itu memecut ke arah Jalan Serampang di sini, manakala mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
SUSPEK MASIH BELUM DITANGKAP
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, ketika dihubungi berkata, polis belum menahan suspek.
“(Suspek) belum ditangkap,” katanya ringkas ketika dihubungi BH, di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Azman Ayob, mengingatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat palsu dan tidak sahih berhubung kejadian.
“Maklumat kononnya sudah ada tangkapan tidak tepat dan hentikan menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
VIDEO KEJADIAN
Dalam kejadian jam 7.30 malam tadi, mangsa seorang lelaki berusia lingkungan 30-an maut selepas disyaki ditikam ketika mengisi angin tayar dalam pergaduhan di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian dada.
Sebelum kejadian, mangsa bersama isterinya seorang warga asing berusia 20-an menaiki kereta jenis Volkswagen Polo berhenti di stesen minyak terbabit untuk mengisi angin tayar kereta.
Sumber : Berita Harian
The post Lelaki Maut DIGILIS. Pekerja Stesen Minyak Akhirnya Buka Mulut Bagitau CERITA Waktu Kejadian.. appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber :
EmoticonEmoticon