"Sejujurnya Saya Terasa Hati.." - Luah Isteri Abam Bocey, Dugaan Selepas Berkahwin..

 
Abam, pelawak popular dari kumpulan Bocey telah pun selamat bernikah dengan gadis pilihannya bernama Hidayah pada hari Jumaat yang lalu.

Baru sahaja berkahwin, Siti Norhidayah Binti Mohd Ali berkata memang ada mulut jahat yang menghinanya dan memberi tomahan serta komen negatif kerana melabelnya berkahwin dengan Abam semata-mata kerana harta dan juga populariti.

Memang tak patut ada yang membawa mulut tentang hal ini.

Dikecam dan dipandang sinis sesetengah individu, isteri kepada Abam ini mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan tidak mudah melenting.

Malah, suaminya, Abam juga telah memberi nasihat kepada Hidayah tentang isu ini, memandangkan dia sudah bergelar isteri kepada seorang artis.

Ini pendedahan dari Hidayah:

"Sejujurnya, terasa hati juga bila dengar orang kata begitu. Tapi tak apalah, biarlah orang nak cakap apa pun.

"Lebih ramai yang menyokong perkahwinan saya ini berbanding yang berkata buruk. Jadi saya fikir tak perlulah nak ambil kisah sangat tentang hal itu. 

"Yang penting hubungan ini direstui keluarga dan doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat,"

"Abam ada pesan, kalau tengok media sosial, tak payah baca komen sebab nanti sakit hati.

"Tak apalah, mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia kita tak boleh nak ‘control’. Apa-apa pun saya tak simpan dalam hati"

Kemudian, Hidayah mendedahkan detik bagaiaman berkenalan dengan Abam.

Mengenali Abam sebelum lelaki tersebut bergelar artis, Siti Norhidayah atau Hidayah berkata, perkenalan mereka bermula di laman sosial Facebook (FB).

Isteri kepada Abam ini kemudian mendedahkan kenapa boleh terpikat dengan Abam Bocey.

Antara ciri yang buatkannya 'cair' ialah Hidayah mengakui senyuman pelawak tersebut membuka hatinya untuk mengenali suaminya itu dengan lebih dekat.

Kemudian sikap peramah dan tanggungjawab yang ditonjolkan oleh Abam membuatkan Hidayah jatuh cinta.

Ini pendedahan dari Hidayah:

"Saya setuju berkahwin dengan Abam sebab dia seorang yang peramah dan merendah diri. Sikap bertanggungjawab dia turut memikat hati.

"Kalau orang kata saya pilih Abam sebab harta dan populariti, saya menafikan tentang hal itu. Saya dah kenal Abam empat tahun lalu.

"Inilah dikatakan jodoh dan mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk kami,"

"Saya kenal Abam di FB dan kami berkawan biasa dan saya sendiri tidak sangka dia akan bergelar artis seperti hari ini.

"Kami tak keluar ‘dating’ hanya berhubung di FB dan telefon. Pertama kali berjumpa ialah ketika Abam menyertai program Raja Lawak 6"

Imbas kembali, Siti Nor Hidayah yang berumur 25 tahun sah bergelar isteri kepada Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang kini berumur 29 tahun dengan sekali lafaz tepat pukul 3.30 petang, 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Abam menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak Hidayah dengan wang hantaran berjumlah RM13,888.

Majlis resepsi pengantin perempuan telahpun diadakan di Sabak Bernam pada 8 Disember yang lalu dan majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari, di kediaman Abam, di Gombak.

Tahniah diucapkan kepada Abam dan juga Hidayah! Selamat berbahagia!

Sumber: Astro Gempak / mStar

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon