Hanya Seorang Je Yang Berani AJAR Trump. Tolong BACA Sampai Abis…

Hanya Seorang Je Yang Berani AJAR Trump. Tolong BACA Sampai Abis… | Saya Luv Islam – Ketika ramai sangat geram dengan sikap Trump yang ego sombong ni, wartawan buat analisan padu hasilkan pendedahan hanya seorang je yang berani ajar Trump ni. Nak tau ? Jom baca. Kongsikan. | Oleh Tok Perak Sinar Harian.

TRUMP BANYAK BUAT ONAR DI DUNIA

SEJAK menduduki rumah Putih, Donald Trump tidak habis-habis membuat onar dan menyakitkan hati banyak orang di seluruh dunia, terutamanya umat Islam.

Terkini, Presiden Amerika Syarikat itu sengaja mencabar – agaknya untuk menguji dan mengacah – umat Islam dengan kenyataannya mengenai Baitulmaqdis.

Seperti yang diketahui dunia, pada 6 Disember, Trump mengumumkan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Mudah betul si Trump membuat arahan! Langsung tidak menghormati PBB, tidak akur pada undang-undang antarabangsa. Dan, tidak prihatin terhadap perasaan umat Islam.

DIA INGAT DIA “BESAR” SANGAT KE?

PEMIMPIN dunia, termasuk yang bukan Islam, mengutuk Trump. Protes dan tunjuk perasaan diadakan di sana-sini. Ada yang membakar gambar Trump, ada yang memijak wajah Presiden AS itu.

Tetapi orang bongkak, riak, keras hati, kepala batu seperti Trump – sesetengah orang menyebutnya ‘Trumpah’ – tidak ambil peduli pun terhadap kutukan dan sumpahan dunia.

Kita boleh bakar gambar dia, boleh pijak, boleh ludah, hatta kalau marah sangat boleh kencing pun atas gambar dia.

Tetapi si Trumpah tidak makan saman, tidak makan sumpah. Dia hanya tersenyum dengan senyuman yang jelik itu, sambil berkata: “Ada aku kisah!”

DI tempat kita kemarahan terhadap Trump terus membara. Almaklumlah sentimen kita terhadap Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa sentiasa tinggi.

Selama ini pun kita sentiasa melihat, membaca dan mendengar berita mengenai masjid dan kota suci itu sentiasa dikawal ketat oleh tentera Yahudi. Umat Islam hendak solat di situ pun ditakut-takutkan dengan mesingan.

PUAK ZIONIS MAKIN NAIK KEPALA

Kurang ajar dan berani sungguh puak Zionis mengawal ketat umat Islam yang hendak mengimarahkan Masjid Al-Aqsa. Kini dengan deklarasi Trump, makin naik kepala dan kurang ajarlah si Zionis itu.

Sebab itu orang kita pun mengadakan perarakan sebagai protes terhadap Amerika Syarikat. Kita patut melakukan lebih dari sekadar tunjuk perasaan.

Kerajaan mungkin tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan AS. Almaklumlah, hubungan dengan negara besar itu telah terjalin sejak sekian lama.

BIARLAH hubungan G2G – kerajaan dengan kerajaan dikekalkan. Lagi pun sehebat-hebat dan sebusuk-busuk Trump dia tidak akan lama di situ.

Lebih-lebih pun dua penggal, lepas itu dia kena halau dari Rumah Putih. Kalau nasib dia tidak baik, mungkin tidak bertahan dua penggal, dia disingkirkan dari kerusi presiden.

Tetapi ada Trump atau tiada Trump, seluruh rakyat khasnya orang Islam, boleh secara bersendiri bertindak untuk mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

BOLEH BOIKOI BARANGAN AMERIKA

Tidak perlu bawa mesingan atau bom, kita boleh mengajar Trump dengan memboikot barangan dan perkhidmatan AS. Tolak jenama AS, walaupun tiada gambar Trump.

Baik ayam goreng, burger, kopi, buah, sayur, kasut, baju, pewangi, kenderaan – apa sahaja yang asal AS – kita ketepikan. Ada banyak lagi produk termasuk buatan tempatan, yang sama baik dengan keluaran negara Trump.

Mulakan boikot makanan, minuman dan buah Trump sekarang!

DEKLARASI ISTANBUL DI OIC

PERTUBUHAN Negara-Negara Islam @ OIC menggesa masyarakat antarabangsa mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Deklarasi Istanbul yang dicapai hasil Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC menegaskan, apa juga cara perlu dilakukan untuk mempertahankan kota suci milik Palestin itu.

Mudah-mudahan Deklarasi Istanbul dapat mewujudkan kesedaran dan perpaduan sebenar ummah dalam menghadapi kesombongan Trump.

Dalam pada itu, marilah kita sama-sama berdoa agar Masjid Al-Aqsa terus dikekalkan kesuciannya. Doakan juga agar semua masjid dan surau kita di seluruh negara penuh dengan jemaah setiap waktu.

Apabila masjid dan surau kita penuh, barulah orang lain hormat pada kita.

HANYA ADA SEORANG JE YANG BERANI AJAR TRUMP…..

AKHIR kalam, masih mengenai Trump. Fikir punya fikir, pada hemat saya hanya ada seorang anak Melayu yang boleh mengajar kebiadaban dan kesombongan Presiden Amerika Syarikat itu.

Anak Melayu yang seorang itu tak lain tak bukan, Datuk Jamal Yunos.

Pemimpin Umno itu telah beberapa kali ditangkap polis kerana tindakan-tindakan berani melawan ketidakadilan dan pelbagai bentuk maksiat.

Semua orang tahu beliau pernah membawa tukul gergasi memecahkan peralatan judi kerana tidak setuju dengan perjudian yang berleluasa di Selangor.

Terkini, beliau ditahan polis selama dua hari kerana membuat kenyataan akan memecahkan kepala Zaid Ibrahim dengan tukul, sekiranya bekas menteri itu enggan memohon maaf terhadap Sultan Selangor.

Saya bukan minta Jamal bawa tukul gergasi berjumpa Trump. Cukup sekadar beliau memakai tuala mandi sambil membawa berus gigi, dan menunggu di hadapan Rumah Putih di AS.

Betul, wa caya Jamal!

BACA NI : Hutan Tiba-Tiba TERBAKAR. 200,000 Penduduk California Diarah Pindah. Azab Allah ?

BACA NI : Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP

BACA NI : Pelan RAHSIA Putera Muhammad Salman TERDEDAH Buat Kuasa Besar Dunia CUAK

Sumber: Saya Luv Islam via TOK PERAK Sinar Harian

The post Hanya Seorang Je Yang Berani AJAR Trump. Tolong BACA Sampai Abis… appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :


EmoticonEmoticon