Terkini Israel Zionis GEMBIRA Dengan Tindakan 10 Negara Dunia Ni. Ouchhhh.

Terkini Israel Zionis GEMBIRA Dengan Tindakan 10 Negara Dunia Ni. Ouchhhh. | Saya Luv Islam – Di saat Israel Zionis dikecam bertalu-talu dari seluruh dunia berkenaan isu Baitulmaqdis, tindakan terkini 10 negara ni tiba-tiba buat mereka gembira. Aduhai…

GEMBIRA DENGAN SOKONGAN 10 NEGARA DUNIA NI

Rejim Israel ‘berhubung’ dengan kira-kira 10 negara yang menyatakan kesediaan mengikut jejak langkah kontroversi Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

“Kami menghubungi negara terbabit sebahagiannya di Eropah bagi membincangkan langkah pemindahan. Kami gembira ,” kata Timbalan Menteri Luar, Tzipi Hotovely kepada radio awam, kelmarin.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas Guatemala memaklumkan akan memindahkan kedutaan mereka ke Kota Lama yang dibantah keras Palestin dan disifatkan sebagai ‘tindakan memalukan’ dan melanggar undang-undang.

“Keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan mencetuskan ‘gelombang’ pemindahan kedutaan ke Kota Lama tersebut. Ia baru bermula,” ujarnya yang tidak menamakan negara terbabit.

ANTARA NEGARA YANG CONFIRM PINDAH KEDUTAAN

Radio awam Israel memetik sumber diplomatik Israel bagaimanapun mendedahkan negara terlibat yang mempertimbangkan langkah itu adalah Honduras, Filipina, Romania dan Sudan Selatan.

Khamis lalu, dua pertiga negara anggota PBB menyokong resolusi yang menolak langkah unilateral Trump dan menegaskan status Baitulmaqdis perlu diselesaikan melalui rundingan.

Hanya sembilan negara termasuk Amerika Tengah berpendirian sama dengan Washington menolak resolusi itu. Beberapa negara terutamaAmerika Latin menempatkan misi diplomatik di kota suci itu hingga resolusi Majlis Keselamatan PBB 1980 yang mengutuk rancangan jahat Israel mengubah ‘karakter dan status’ Baitulmaqdis yang didakwa sebagai penghalang keamanan.

BACA NI : Isu Baitulmaqdis. Ini Ucapan SANTAI Pope Francis Buat Israel Tambah SERABUT

|||||||||||||||||||||||||||

PERASAAN OBAMA LEPAS JAWATAN PRESIDEN AMERIKA

Apa yang saya rasa adalah bercampur aduk, macam ada lagi perkara yang belum diselesaikan, kata bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama semasa melepaskan jawatannya awal tahun ini.

Menurutnya, walaupun rasa bimbang tetapi terselit ketenangan apabila tamat tempoh jawatannya itu.

“Saya bimbang bagaimana negara akan bergerak ke hadapan tetapi turut rasa tenang. Sambil itu, saya percaya pencapaian saya semasa menjadi presiden memberikan manfaat pada rakyat,” katanya dalam program BBC radio 4 Today bersama Putera Harry.

PENCAPAIAN TERBESAR OBAMA

Antara pencapaian terbesar Obama adalah Obamacare yang memastikan lebih ramai orang mendapat manfaat penjagaan kesihatan asas.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran pada pengguna yang sering menyalahgunakan media sosial.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu seperti menyebarkan maklumat yang salah menyebabkan pemahaman orang ramai terhadap sesuatu infomasi terpesong amatlah membahayakan.

“Salah satu bahaya internet adalah orang ramai mempunyai pemahaman yang berbeza mengenai sesuatu isu yang disebarkan.

“Jika dibiarkan, mereka mungkin akan hidup dengan kepercayaan mereka mengenai sesuatu isu seterusnya membuatkan pendapat mereka berat sebelah.

“Persoalannya kini, macam mana kita nak memanfaatkan teknologi yang membolehkan kepelbagaian pandangan tetapi tidak membawa kepada balkanisasi masyarakat seterusnya membuatkan orang ramai berfikiran sama,” katanya.

KECAM TRUMP “CUAI” GUNA MEDIA SOSIAL

Bagaimanapun, pengganti Obama, iaitu Donald Trump kelihatan sering menggunakan media sosial dalam memberikan kenyataan rasmi mengenai sesuatu isu.

Walaupun Obama dengan jelas tidak menyebut nama namun beliau mencadangkan agar pertemuan bersemuka lebih baik untuk mengelakkan salah faham.

“Tidak dinafikan media sosial amat penting masa kini untuk merapatkan hubungan dan mengenali antara satu sama lain.

“Namun, adalah lebih penting bagi individu untuk berjumpa dengan orang melalui cara tradisional seperti ke pasar atau di kawasan kejiranan untuk saling mengenali antara satu sama lain.

“Kerana, di internet kelihatan segalanya begitu mudah tetapi apabila berjumpa secara berdepan ternyata ia agak rumit,” katanya lagi.

Sumber : Berita Harian

The post Terkini Israel Zionis GEMBIRA Dengan Tindakan 10 Negara Dunia Ni. Ouchhhh. appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :


EmoticonEmoticon