Amyra Rosli, Amar Baharin Akhirnya Dedah Nama Anak.. Sedap Namanya
Pasangan pelakon popular Amyra Rosli dan Amar Baharin akhirnya mendedahkan nama anaknya kepada umum semalam.
Anak lelaki sulung itu selamat dilahirkan oleh Amyra Rosli pada 15 Oktober 2017 yang lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Setelah bayi comel itu berumur 2 bulan, akhirnya Amyra Rosli dan Amar Baharin mengambil keputusan untuk mendedahkan nama anak mereka.
Akhirnya segala teki-taki nama anak pasangan ini terjawab apabila mereka mendedahkan bahawa nama bayi lelaki ini ialah Aqeef Anaqi.
Amyra Rosli mendedahkan nama anaknya itu di Insta Story di laman Instagram miliknya semalam.
Kemudian pasangan ini telah menukar akaun anaknya itu kepada nama "Aqeef Anaqi".
Nama Aqeef atau Akif membawa maksud adalah "Beritikaf, yang menumpukan dirinya pada sesuatu".
Sementara itu, Anaqi pula membawa maksud "Keindahanku yang menawan hati".
Memang sedap nama Aqeef Anaqi ini.
Ini wajah bayi comel ini:
Setelah pendedahan nama anak mereka, para peminat memuji pemilihan nama tersebut yang dianggap sebagai amat sedap, dan mempunyai maksud yang baik.
Ini antara komen follower:
"Comelnya baby Aqeef ni, muka macam ayahnya"
"Beatiful name , hi handsome boy be a good daughter to your parents."
"Wah sedap nama anak Amar dan Amyra"
Sementara itu, mengikut jejak langkah Aaisyah Dhia Rana dan juga Lara Alana, Aqeef Anaqi juga telah mempunyai rancangan TV nya tersendiri. Rancangan ini berjudul The Adventure Of Aqeef.
Rancangan The Adventure Of Aqeef akan bersiaran setiap Rabu jam 9mlm di Astro Ria & Ria HD. Jangan lupa tengok ye peminat Amar dan juga Amyra.
Sudah tentu Amar Baharin dan Amyra Rosli kini sedang berbahagia menerima kehadiran orang ketiga, penyeri rumah tangga mereka berdua.
Semoga Aqeef Anaqi membesar dengan sihat dan menjadi orang yang soleh dan baik-baik sahaja.
Sumber: IG Amyra Rosli / Media Hiburan
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon