Isu Baitulmaqdis. Ini SEBAB UTAMA Tiba2 Erdogan Hubungi PM Najib. Jangan TERKEJUT | Saya Luv Islam – Isu Baitulmaqdis yang heboh di seluruh dunia kini jadi tanda tanya, apabila Presiden Turki Erdogan didapati menghubungi PM Najib. Lepas lama merisik, barulah tau rupa-rupanya ini tujuan Erdogan.. Hebat Malaysia ni. Kongsikan.
AMERIKA SENGAJA CARI “GADUH”
Dunia seakan bergegar apabila Donald Trump memutuskan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. Di mata warga Israel, keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis satu kemenangan, namun dalam kalangan umat Islam ia provokasi melampau yang menghinakan.
Jika selama ini, Baitulmaqdis yang dirampas rejim zionis sejak kekalahan memalukan negara Arab kepada Israel pada 1967, diletakkan di bawah pemantauan antarabangsa, tindakan Rumah Putih itu ibarat meranapkan ‘status quo’ di wilayah konflik itu.
ERDOGAN LANTANG MENENTANG AMERIKA
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan muncul sebagai pemimpin dunia pertama yang mengecam keputusan Trump dengan mengatakan ia melepasi “red line” atau batasan bagi umat Islam.
BACA : Umum Jurusalem Ibu Negara Israel. Ni Reaksi BERANI Erdogan Buat Ramai Amerika CUAK
Erdogan yang dilihat sebagai “figura” penting umat Islam di Benua Eropah turut menghubungi pemimpin negara Islam untuk mencari sokongan dan solidariti dalam tindakan provokasi Trump itu.
SEBAB ERDOGAN HUBUNGI PM NAJIB
Antara yang dihubungi di rantau Asia Tenggara adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO, kini bersidang dalam perhimpunan agung parti tunjang Barisan Nasional (BN) sejak tiga hari lalu.
Maka bergemalah kecaman keras Malaysia terhadap tindakan Trump itu dalam ucapan dasar Najib pada perhimpunan agung parti Melayu Islam terbesar di Malaysia itu pagi tadi.
Najib menyatakan UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan apa-apa juga yang membabitkan penghinaan ke atas kesucian Islam, termasuk kesucian masjid ketiga suci bagi umat Islam, Masjidil Al-Aqsa.
“Kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila,” kata Najib disambut teriakan gemuruh perwakilan parti keramat Melayu Islam itu.
TRUMP NAK JUGA TUNAI MANIFESTO DAHULU
Hakikatnya, tiada yang baharu dalam tindakan Trump itu kerana beliau sebenarnya mengotakan janjinya pada pemilihan presiden AS sebelum ini. Beliau memang menjanjikan untuk memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tetapi atas sebab-sebab tertentu menangguhkannya paa Jun lalu.
Namun, kenapa agaknya Trump bertindak demikian sekarang? Adakah kerana AS (baca rejim zionis Israel) itu “maha kuat” atau negara Islam yang sudah berpecah belah kepada blok yang diketuai Arab Saudi, Iran dan Turki?
Marah memang marah. Tentunya, tiada umat Islam di dunia ini yang akan menerima keputusan Trump itu.
Persoalannya, sejak dari Jun hingga sekarang apakah usaha konkrit yang negara-negara Islam lakukan untuk bersatu mempertahankan Masjidil Al-Aqsa. Saban hari, ada saja warga Palestin yang terbunuh di Palestin, sama ada di Gaza atau Tebing Barat, dek perbuatan rejim zionis.
Bukan hanya di Palestin, saban hari ada saja nyawa orang Islam yang gugur di Syria, Yaman, Iraq dan Afghanistan akibat persengketaan sesama sendiri. Di negara Asia pula kita digemparkan dengan penindasan ke atas etnik Rohingya di barat Myanmar.
Lebih menyedihkan apabila ketika Trump membuat tindakan yang menghinakan itu, ada kalangan umat Islam di negara ini yang menyifatkan kenyataan Najib mengecam Presiden AS hanya bermotifkan politik.
Seharusnya di sebalik kekalutan itu, kita boleh berlapang dada dan bersatu dalam mempertahankan kesucian Al-Quds.
KENAPA PM NAJIB JADI PILIHAN ERDOGAN?
Juga harus difikirkan kenapa Najib yang dihubungi Erdogan. Adakah kerana beliau pemimpin Asia Tenggara yang pernah memasuki Palestin (Gaza) pada 2013 atau seorang pemimpin yang dilihat memperjuangkan isu Palestin.
Barangkali, Malaysia mempunyai suaranya tersendiri dalam isu Palestin apatah lagi wakil Hamas yang memerintah Gaza (Palestin) sejak 2007 diundang ke Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun. Begitu juga wakil Fatah yang diiktiraf dunia, turut dijemput ke perhimpunan itu.
Hakikatnya, isu Palestin dekat di hati rakyat Malaysia. Ia diterjemahkan dengan sokongan berterusan kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap perjuangan membebaskan Palestin sejak penubuhan negara haram Israel pada 1948.
Sekali lagi, saya katakan tiada apa yang baru dalam tindakan Trump. Ia juga membuktikan bahawa umat Islam ketika ini bersikap reaktif dari proaktif dalam tempoh yang ada sejak Jun lalu untuk membela Al-Quds.
Namun sepertimana kata Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, dalam tweetnya yang diterjemahkan Palestine News semalam, “Apa guna Palestin tanpa adanya bumi Baitulmaqdis?”.
Kita seharusnya melihat insiden semalam sebagai titik penyatuan umat Islam untuk bersatu menentang tindakan Trump, bukan sebaliknya. AS (baca Israel) tidak pernah kuat tetapi kita (umat Islam) lemah kerana sengketa sesama sendiri dan sengketa itu, memusnahkan.
Sumber : Saya Luv Islam via Berita Harian
The post Isu Baitulmaqdis. Ini SEBAB UTAMA Tiba2 Erdogan Hubungi PM Najib. Jangan TERKEJUT appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber :
EmoticonEmoticon