"Aku Ada Hati Perasaan" - Luahan Kesedihan Intan Liana, Madu Izreen Azminda
Antara kisah paling mengejutkan pada tahun 2017 ini ialah perkahwinan pelakon canktik jelita Izreen Azminda dengan seorang pemuzik bernama Ude.
Ude akui mengahwini Izreen Azminda pada bulan Ogos lalu, dan isteri pertamanya dikatakan tidak mengetahui perkara berkenaan.
Pasangan ini telah bernikah pada 8 Ogos di Malaysia dengan berwalikan ayah kepada Izreen Azminda sendiri.
Isteri pertama Ude bernama Intan Liana, 32 tahun, akui hanya mengetahui perkara ini baru baru ini sahaja dan hanya redha dengan perkara berkenaa.
Sejak pendedahan bahawa suaminya, Ude telah mengahwini pelakon Izreen Azminda, Intan Liana memang tidak mengeluarkan sebarang komen lanjut mengenai kisah rumahtangganya dan kisah hidup bermadu.
Mereka bertiga kini mengambil pendekatan mengunci mulut untuk bercerita tentang kisah rumah tangga.
Namun menerusi laporan terbaru dari Beautiful Nara, Intan Liana ada meluahkan perasaannya.
Dia telah memuat naik satu Instagram Story menunjukkan dia sedang bersedih namun terpaksa memendamkan saja kesedihannya.
Tidak dapat dipastikan luahan Intan ini merujuk kepada siapa.
Walaubagaimanapun, ramai yang membuat spekulasi ianya berkaitan dengan kisah hidup bermadu dengan Ude yang berumur 29 tahun dan Izreen Azminda yang berumur 32 tahun.
Jom baca luahan Intan Liana:
"Jangan tanya aku kenapa... Aku juga ada hati dan perasaan untuk dilepaskan apa aku rasa. Aku diam tak apa, pendam sampai mati!"
Itulah luahan terbaru dari Intan Liana. Sebelum ini di laman sosial miliknya, memang ada beberapa luahan dari Intan Liana menerusi beberapa keping gambar.
Ini ayat dari gambar terbabit:
"Rindu (gambar anak)
"Kekuatanku (gambar anak)
"Aku cuma punya hati..
"Speak good or keep silet
"Its hurt
"Hidup dan matiku
"Kadang gua bingung, mesti menangis, ketawa
"Menjadi diri sendiri memang baik, tetapi berubah jadi lebih baik adalah lebih baik
Itulah antara luahan Intan Liana di laman media sosialnya. Ianya hanyalah uahan hati dari Intan Liana dan tidak ditujukan secara spesifik.
Semoga hubungan mereka sekeluarga baik-baik sahaja.
Sumber: Beautiful Nara / IG Intan Liana
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon