Hutan Tiba-Tiba TERBAKAR. 200,000 Penduduk California Diarah Pindah. Azab Allah ?

Hutan Tiba-Tiba TERBAKAR. 200,000 Penduduk California Diarah Pindah. Azab Allah ? | Saya Luv Islam – Di saat dunia Islam geram dengan Amerika, satu kebakaran besar berlaku di California yang memaksa 200,000 penduduk Amerika berpindah. Adakah ianya azab Allah ? Sebagai manusia, kita doakan dipermudahkan urusan mereka… Baca selanjutnya. Ada 10 gambar macam “neraka”. Seram.

141,000 HEKTAR HUTAN CALIFORNIA TERBAKAR

Kebakaran hutan yang besar berlaku di seluruh California Selatan sejak Isnin lalu, menyebabkan ramai penduduk berhampiran telah berpindah keluar daripada kediaman mereka.

Kejadian itu kini memasuki hari kelima hari ini menyebabkan 141,000 ekar hutan terbakar di negeri berkenaan sehingga menyebabkan 5,700 anggota bomba dikerah menjalankan operasi memadam dan mengawal kebakaran.

Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, kebakaran itu memaksa hampir 200,000 penduduk setempat berpindah.

PUNCA KEBAKARAN TIBA-TIBA

Menurut ahli meteorologi, keadaan udara kering dan angin kencang diramalkan sehingga Ahad bakal menjejaskan lagi kebakaran itu.

Ketua Bahagian Bomba, Nick Shculer berkata, penduduk di kawasan berhampiran perlu bersedia untuk berpindah walaupun tinggal di kawasan yang tidak terjejas kebakaran.

“Mereka perlu bersedia kerana ianya tidak diduga, memandangkan kebakaran masih berterusan sehingga hari ini,” katanya.

Pada Selasa lalu, Datuk Bandar Los Angeles, Eric Gracetti telah mengumumkan status darurat bagi mengagihkan bantuan kecemasan kepada mangsa di kawasan terjejas.- Agensi

LAGI GAMBAR KEBAKARAN CALIFORNIA. MACAM “NERAKA”










Sumber: Saya Luv Islam via Ismaweb

The post Hutan Tiba-Tiba TERBAKAR. 200,000 Penduduk California Diarah Pindah. Azab Allah ? appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :


EmoticonEmoticon