Ini Komen Izreen Aminda Tentang Madunya Intan Liana, Sedia Berjumpa Dengannya
Pelakon Izreen Azminda nampaknya teruk dikecam orang ramai terutama di laman media sosial setelah pelakon ini berkahwin dengan suami orang sebagai isteri pertama.
Izreen Azminda merupakan isteri kedua kepada pemuzik bernama Ude yang mempunyai isteri pertama bernama Intan Liana.
Pelakon berasal dari Perlis ini mengakui berat baginya berdepan cemuhan masyarakat yang melabelnya sebagai perampas kebahagiaan insan lain.
Namun bagi Izreen Azminda, dia terpaksa akur dengan kenyataan dan komen negatif yang dilemparkan apabila memilih untuk hidup bermadu sebagai isteri kedua.
Sebagai wanita yang pernah berkahwin sebelum ini, Izreen Azminda juga tidak rela menghancurkan hati wanita lain.
Walaubagaimanapun, takdir telah ditulis bahawa Izreen Azminda akan berkahwin dengan suami orang dan berkongsi kasih seorang suami.
Izreen Azminda memberitahu dia sudah bersedia sebagai isteri kedua dan akan beralah dalam banyak hal terutama melibatkan isteri pertama.
Malah Izreen tidak akan sesekali membenarkan suaminya meninggalkan dan mengabaikan isteri pertama.
Ini komen Izreen:
"Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama.
"Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya.
"Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,"
Sebagai isteri kedua, Izreen berkata dia akan sentiasa mengingatkan diri supaya tidak menuntut berlebihan.
Ini komen Izreen Azminda lagi:
"Saya faham perasaan seorang isteri apabila mengetahui suaminya berkahwin lain. Saya harap suami akan mempertahankan perkahwinan pertamanya kerana saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini berlaku susulan pernikahan kami.
Untuk pengetahuan, Izreen Azminda dan Ude bernikahdi Damansara, Petaling Jaya pada 8 Ogos yang lalu berwalikan bapa pelakon ini iaitu Mohd Aznam Mohd Noor.
Dengan sekali lafaz Izreen sah menjadi isteri kedua kepada Ude sekitar jam 10 pagi.
Izreen telahpun meminta maaf kerana tidak memaklumkan pernikahan itu dan katanya dia menunggu waktu yang sesuai untuk menjelaskan segalanya.
Ini penjelasan dari Izreen Azminda:
"Saya minta maaf dan tidak bermaksud mahu menimbulkan spekulasi mengenai status perkahwinan kami sebelum ini. Ramai yang bertanya tetapi saya terpaksa mendiamkan diri kerana menanti masa yang tepat untuk menjelaskan segala-galanya,"
Tentang madunya, pelakon popular ini juga akui lega apabila mengetahui isteri pertama Ude, Intan Liana sudi menerimanya sebagai madunya.
Ini komen Izreen Azminda tentang Intan Liana:
"Alhamdulillah, saya lega apabila mengetahui Intan Liana sudi menerima saya sebagai madunya. Saya berharap kami dapat berkongsi hidup seperti satu keluarga. Saya juga bersedia bersemuka dengannya untuk menjalin hubungan baik,"
Satu majlis doa selamat yang dijadualkan berlangsung pada 7 Disember ini sempena perkahwinan Izreen Azminda dan juga Ude.
Kini Izreen dan suaminya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini dan berharap mereka dapat hidup sebagai pasangan suami isteri dengan bahagia seperti pasangan yang lain.
Selamat pengantin baru buat Izreen dan Ude. Semoga berbagia selalu hendaknya.
Sumber: Berita Harian
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon