Isu Baitulmaqdis. Empat Penduduk Palestin TERBUNUH Di Sempadan. Al Fatihah. | Saya Luv Islam – Penduduk Palestin yang protes di sempadan diserang oleh tentera Israel. Ribuan cedera dan empat terbunuh. Baca selanjutnya. Kongsikan. Al fatihah =(
KORBAN RAKYAT PALESTIN
Bantahan baharu memuncak di Asia Barat susulan pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Donald Trump.
Tindakan itu menarik kutukan antarabangsa dan mencetuskan rusuhan berterusan di wilayah Palestin.
Pertembungan di Tebing Barat dan sepanjang pagar memisahkan Semenanjung Gaza dari Israel menyaksikan penduduk Palestin membakar tayar sambil membaling batu dan bom api ke arah tentera Israel, yang membalas dengan melepaskan gas pemedih mata, peluru getah dan peluru hidup.
Pihak berkuasa kesihatan Palestin berkata, lebih 1,100 orang cedera akibat serangan gas pemedih mata, peluru getah, peluru hidup dan cara lain sejak Khamis lalu.
Seramai empat penduduk Palestin dilaporkan terbunuh dalam pertembungan itu atau dalam serangan udara Israel.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, turut mengecam tindakan itu dan menggelar Israel sebagai ‘negara pengganas’ dan ‘negara yang membunuh kanak-kanak.’
BACA NI : Isu Jurusalem. Ini Respon TEGAS China Buat Amerika Mula PENING
BACA NI : Dapat Call Direct Dari Trump. Ni KATA KERAS Raja Salman Buat Amerika TERKEDU
BACA NI : Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP
PENGAWAL KESELAMATAN ISRAEL CEDERA
Seorang pengawal keselamatan Israel cedera ditikam penduduk Palestin, hari ini, di tengah-tengah ketegangan ekoran pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel oleh Amerika Syarikat.
Jurucakap polis, Micky Resenfeld, berkata pengawal berkenaan, yang berusia 25 tahun cedera parah di tubuh dalam serangan di stesen bas utama Baitulmaqdis.
Dalam siaran di Twitter, Rosenfeld menyifatkan ia sebagai serangan pengganas.
Suspek juga cedera di kepala dan sudah ditahan pihak berkuasa.
Penyerang dikenal pasti polis sebagai warga Palestin berusia 24 tahun dari Tebing Barat.
RIBUAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA PROTES
Puluhan ribu rakyat turut membuat bantahan di negara Islam dan Arab, termasuk Lubnan, Mesir, Jordan, Turki, Pakistan, Malaysia dan Indonesia. – AFP
Sumber : Saya Luv Islam via Berita Harian
The post Isu Baitulmaqdis. Empat Penduduk Palestin TERBUNUH Di Sempadan. Al Fatihah. appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber :
EmoticonEmoticon