Lelaki Islam DIBAKAR Di India. Puncanya MENGEJUTKAN Ramai. Allahu.

Lelaki Islam DIBAKAR Di India. Puncanya MENGEJUTKAN Ramai. Allahu. | Saya Luv Islam – Satu jenayah kejam telah berlaku di India. Seorang lelaki Islam telah dipukul dan dibakar oleh militan. Hasil siasatan, puncanya mengejutkan ramai. Allahu.

AKIBAT JENAYAH KEBENCIAN

Seorang lelaki muslim dipukul dan dibakar hidup-hidup di Rajasthan, negeri di barat India, di mana polis menyifatkan perbuatan itu sebagai jenayah kebencian.

Polis menemui mayat mangsa yang separuh terbakar semalam di sebatang jalan di Rajsamand, kira-kira 300 kilometer dari ibu negeri di Jaipur. Berikutan itu, seorang penganut Hindu ditangkap atas tuduhan membunuh.

Menurut polis, mangsa dikenali sebagai Mohammed Afrazul, 48 tahun, bekerja sebagai buruh di bandar itu. Klip video Youtube menunjukkan suspek menikut lelaki itu dan menyerangnya dengan senjata, sebelum membakarnya.

DILAKUKAN OLEH MILITAN

Penyerang yang dikenali sebagai Sahambhu Lal, kemudian membuat kenyataan sambil memberi amaran menentang jihad, di mana militan Hindu percaya kumpulan lelaki muslim bertindak mengahwini wanita Hindu dalam usaha membawa mereka masuk ke dalam agama Islam.

“Awak yang berjihad, inilah nasib yang menanti awak. Berhenti jihad di India, atau awak akan menerima nasib sama seperti lelaki ini,” kata penyerang itu dalam bahasa Hindi, sebelum menyimbah petrol ke badan mangsa dan membakarnya.

Ketua Polis Rajasthan, OP Galhotra berkata, perbuatan itu adalah jenayah kejam yang bukan dilakukan seorang manusia normal.

JAUHI JENAYAH KEBENCIAN

Kejadian itu adalah antara jenayah terburuk di mana komuniti penduduk beragama Islam dan penganut Hindu berkasta rendah diserang di India.

Aktivis, Harsh Mander berkata, jenayah kebencian di India semakin meningkat.

“Kita mempunyai pemimpin politik yang mencipta suasana persekitaran yang membenarkan ucapan dan tindakan kebencian. Perbuatan seperti ini adalah satu fenomena yang semakin meningkat di seluruh negara,” katanya.

Jenayah kebencian terbaharu itu bukan yang pertama kali berlaku di India membabitkan militan Hindu yang menyerang dan membunuh umat Islam.

Laporan pernah menyebut bahawa penganut Hindu yang menyembah lembu turut bertindak membunuh lelaki muslim hanya kerana menyembelih haiwan itu. – Agensi

Sumber : Ismaweb

The post Lelaki Islam DIBAKAR Di India. Puncanya MENGEJUTKAN Ramai. Allahu. appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :


EmoticonEmoticon