Perlekeh Upiak Di MeleTop, Ini Reaksi Balas Neelofa
Pengacara rancangan MeleTop iaitu Neelofa telah tampil memberi reaksi ekoran dakwaan beliau dilihat agak kasar dan sombong dengan penyanyi yang sedang viral bernama Upiak.
Upiak Isil merupakan penyanyi dari Sumatera, Indonesia yang popular menerusi lagu Aku Belum Mandi (Tak Tun Tuang).
Neelofa telah dikecam oleh para penonton yang menonton rancangan itu apabila dikatakan seperti berlagak dan tidak menghormati Upiak ketika penyanyi itu muncul dalam program MeleTop Selasa lalu.
Setelah dikritik banyak pihak, Neelofa memohon maaf jika ada yang menyifatkan cara dan maklum balasnya ketika menemubual Upiak Isil agak teruk.
Kata Neelofa, beliau tiada sedikit pun niat untuk beliau berbuat demikian, apatah lagi merendah-rendahkan artis dari Indonesia itu.
Ini penjelasan Neelofa:
"Jika diikutkan, ketika mengacarakan program itu bersama Nabil Ahmad, kami sangat seronok menemubualnya. Kami ketawa kerana dia memang seorang yang kelakar dan spontan. Saya sendiri tergelak besar apabila dia memaklumkan sudah ada 19 album, tetapi satu saja yang laku.
"Cuma, ketika program itu bersiaran, saya dan Nabil tidak faham bahasa yang digunakan kerana loghat penyanyi dari Bukit Tinggi, Padang, itu sangat pekat, hinggakan saya sendiri terpaksa ulang soalan dan apa yang diperkatakannya berkali-kali. Saya cuba memahami apa yang dituturkan olehnya sebaik mungkin sebelum melontarkan soalan seterusnya.
"Karakter dia sendiri sangat berwarna. Saya sebagai pengacara pula cuba memberikan reaksi terbaik terhadap setiap tetamu yang diundang ke program itu. Jika ada yang salah anggap dan nampak diri ini kasar atau bersikap kurang ajar, saya dengan rendah hati memohon maaf,"
"Program ini sangat santai. Saya tak perlu jadi formal dan mengikut protokol. Jadi, sebagai hos, saya mahupun Nabil cuba untuk tidak terlalu mencuba menentukan rentaknya. Kita sebaliknya cuba mengikut aliran tetamu yang diundang,"
Itulah penjelasan dari Neelofa tentang isu kononnya dia memperlekehkan penyanyi viral, Upiak Isil di program MeleTop.
Semuanya hanya salah faham sahaja tentang perkara berkenaan dan Neelofa tidak langsung mahu memandang rendah penyanyi Indonesia itu.
Sumber: Berita Harian
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon