"Semuanya Dah Takdir, Maafkanlah Anak Perempuan Saya" - Bapa


Susulan kes pemandu kereta Kancil didakwa melanggar seorang penunggang motosikal berusia 65 tahun sehingga maut, bapa kepada gadis berusia 16 tahun merayu kepada keluarga mangsa agar anaknya dimaafkan.

Memetik mStar Online, lelaki berusia 59 tahun dari Kuala Nerang, Kedah itu sedar ianya sukar bagi keluarga mangsa untuk menerima berita kematian berkenaan, namun dia tetap mengharapkan kemaafan keluarga mangsa.

"Ia satu kesalahan besar. Semuanya sudah takdir. Saya berharap keluarga mangsa dapat memaafkan anak perempuan saya.

"Sebelum ini dia tidak memandu kereta dan saya benar-benar tak tahu apa yang membuatkannya bertindak sedemikian.," katanya.

Tambah lelaki itu, 24 Mac 2017 akan menjadi satu tarikh yang tidak akan dilupakan anaknya sampai bila-bila.

"Kejadian ini akan sentiasa menghantui dirinya," katanya.

Mangsa, Lijah Mat Hashim meninggal dunia dalam kemalangan terbabit meninggalkan suami, Abdul Wahab Junus, 65, dan enam anak berusia antara 21 hingga 46 tahun.

Abdul Wahab mengesahkan bapa gadis itu telah memohon maaf daripadanya, namun keluarga mereka masih terkejut dengan kejadian dan tidak dapat berkata apa-apa buat masa ini.

"Berilah masa untuk kami meringankan kesedihan dulu," katanya.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon