"Fattah Sebenarnya Tak Sabar Dah.." - Komen Fazura Tentang Anak
Pelakon Fazura Sharifuddin Dan Fattah Amin kini pasangan sedang hangat bercinta di alam perkahwinan.
Sebagai pengantin baru mereka berdua ini sedang dalam fasa bahagia. Fazura menyifatkan berkahwin dengan Fattah membuatkan dirinya begitu bahagia.
Ini komen Fazura:
"Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak.
"Memang agak kekok pada mulanya, tetapi selepas mula membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas termasuk memotong kukunya, baru saya dapatkan sesuaikan keadaan itu sepenuhnya,"
Sejak bernikah, Fazura memberitahu mereka berdua jarang berpisah lama, walaupun sibuk bekerja.
"Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu," kata pelakon ini sambil ketawa.
Tentang soal anak, pelakon Gol Dan Gincu, dan filem Pisau Cukur ini menyatakan ini mereka berdua belum bersedia ke arah itu kerana komitmen terhadap kerja.
Ini penjelasan Fazura:
"Kalau ditanya mengenai anak, kalau boleh kami nak tangguh dulu kerana masing-masing memang sibuk sehingga tahun depan. Lagipun, biarlah kami habiskan masa bersama dulu.
"Begitupun, kalau ditakdirkan Tuhan nak bagi awal, kami takkan tolak rezeki yang diberikan,"
Dalam satu temubual di radio, Fazura memberitahu Fattah Amin sememangnya sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.
"Dulu cakap nak dua belas, tapi realistiknya sebenarnya saya tak tahu rezeki berapa Allah nak kurnaiakan. Tapi kalau dapat dua lelaki, dua perempuan pun cantiklah, insyAllah. Fattah sebenarnya tak sabar dah.Tapi rezeki Allah kami terima anytime sahaja"
Ini videonya:
Sementara itu, penyanyi lagu Bisa Apa, Hapus Aku dan Sayangi Dirimu berkata mereka berdua telah memilih United Kingdom dan beberapa negara lain sebagai destinasi bulan madu.
Pasangan paling popular di Malaysia ini telah selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November lalu.
Sumber: BeritaHarian
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon