Kisah Penuh Pertelingkahan Artis Melibatkan Lana Nordin, Norshila Amin Dan Roslan Shah
Kini sedang hangat diperkatakan tentang pertelingkahan yang berlaku antara penyanyi era 80-an, Norshila Amin dan juga pelakon popular Lana Nordin.
KENYATAAN NORSHILA AMIN
Penyanyi lama Norshila Amin telah mengangkat sumpah laknat sebanyak lima kali bagi menyangkal fitnah berhubung dakwaan dia menipu wang milik lapan orang selebriti yang terlibat dalam sebuah festival di Brunei pada April lalu.
Norshila yang kini berumur 53 tahun berkata, sumpah laknat itu turut dibuat kerana ada pihak yang menyebarkan fitnah dia menipu duit sehingga mendatangkan malu kepada penyanyi itu dan keluarganya.
Anak perempuan yang juga pembantu Norshila iaitu Nurrul Admiena turut mengangkat sumpah yang sama bagi membersihkan namanya daripada fitnah itu.
Ini penjelasannya:
"Bersaksikan Al-Quran, saya dan anak-anak mengangkat sumpah laknat bagi membersihkan nama kami yang telah difitnah.
"Apa yang saya lakukan ini semata-mata kerana Allah dan sekiranya tidak benar apa kami katakan, kami reda dengan kemungkaran Allah,"
Beberapa minggu yang lalu, Norshila dilaporkan bertengkar dengan Lana Nordin di sebuah festival di Singapura.
Sementara itu, Norshila memberitahu dia terkejut apabila mendapat tahu pengacara Roslan Shah turut campur tangan dalam isu pergaduhannya dengan Lana Nordin menerusi beberapa siri siaran langsung di Facebook milik Roslan Shah.
Norshila memberitahu dia langsung tidak pernah mengaitkan Roslan Shah tentang insiden itu.
Ini komen Norshila tentang Roslan Shah:
"Saya akui wujud pertengkaran dengan Lana tetapi semasa kami bergaduh, langsung tidak menyebut atau mengaitkan namanya.
"Roslan tiada di tempat kejadian jadi saya tidak tahu siapa dan bagaimana dakwaan pergaduhan kami itu sampai ke telinganya,"
Norshila berharap Roslan Shah tidak lagi memuat naik sebarang video atau bercakap mengenai insiden itu yang jelas tiada kaitan dengan dirinya.
Ekoran hal berkenaan, Norshila berkata, dia telah pun membuat laporan polis terhadap Lana Nordin dan Roslan Shah berhubung kenyataan fitnah dilemparkan terhadap mereka sekeluarga.
Selain itu, pihaknya tetap akan menggunakan saluran undang-undang bagi menyelesaikan isu itu namun tetap terbuka bagi ruang untuk berbincang sekaligus menyelesaikan kemelut itu secara baik.
Ini penjelasan Norshila Amin:
"Saya sekeluarga ingin memaklumkan kami tidak menuntut permohonan maaf daripada Lana atau Roslan, rakan peniaga dan artis yang menyebar fitnah tersebut selain mereka yang mengutuk dan mengeji.
"Kami menuntut mereka sama-sama mengangkat sumpah laknat supaya membenarkan kata-kata mereka adalah benar dan sekiranya tidak benar laknat Allah akan jatuh kepada mereka.
"Bagaimanapun saya tetap buka ruang untuk berbincang secara baik dan bermaaf-maafan selain menyelesaikan perkara ini dengan baik,"
Tentang insiden pergaduhan dengan Lana Nordin, Norshila berkata dia tidak pernah menendang troli seperti didakwa Lana tetapi hanya menguis troli itu.
Dia langsung tidak berniat untuk mencari masalah.
Tindakannya itu bagi mengelakkan troli yang memasuki ruang gerainya dilanggar oleh orang lain yang boleh menyebabkan barangan yang dipamerkan terjatuh.
Ini penjelasan Norshila Amin tentang isu troli:
"Saya mengakui menguis troli itu dan bukannya menendang malah tidak menengking pekerjanya yang menjaga gerai tersebut.
"Apabila Lana berhadapan dengan saya mengenai perkara itu kami ke belakang gerai untuk berbincang dan di situ juga saya bertanya mengenai fitnah yang bertebaran tentang saya,"
Itulah penjelasan dari Norshila Amin tentang isu pertelingkahan yang melibatkan dirinya dan juga Lana Nordin dan juga Roslan Shah.
KENYATAAN LANA NORDIN
Sebelum ini, melalui laporan Harian Metro, Lana Nordin ada membuat kenyataan tentang isu pergaduhannya dengan Norshila Amin.
Jelas Lana, bukannya dia yang membuat cerita dan fitnah tentang Norshila Amin.
Ini komen Lana:
"Saya akui hubungan saya dan Norshila di Brunei tidak berapa baik. Kemudian kami bertemu lagi di bazar selebriti di Singapura.
"Pada peringkat awal saya lihat gerainya dan gerai saya ada dalam satu baris tetapi kedudukannya agak jauh. Saya berasa lega kerana kalau boleh, apabila sedang bekerja dan berniaga, saya tidak mahu timbul sebarang masalah"
Bagaimanapun, kata Lana Nordin, dia terkejut apabila secara tibaitba melihat Norshila berniaga pula berhampiran dengan gerainya.
"Saya cuba tidak mempedulikan dia dan pada awalnya keadaan masih terkawal. Namun, dia mula bertindak melampau apabila saya meninggalkan gerai. Setiap kali lalu di hadapan gerai saya, dia akan menyumpah dan ada beberapa kali juga dia menendang troli yang ada berhampiran gerai saya.
"Mungkin dia ingatkan yang menjaga gerai saya itu adalah pekerja dan dia tidak tahu sebenarnya gadis terbabit itu adalah anak saudara saya. Sudah tentu apabila dia bertindak demikian, anak buah saya akan mengadu dan menceritakan apa yang berlaku"
Bagi mengelakkan konflik lebih teruk, Lana Nordin sekadar bersabar meskipun panas hati dengan sikap Norshila.
"Pada hari terakhir, saya sudah tidak boleh bersabar apabila dia masih menyindir saya. Bagi mengelakkan rasa kurang selesa orang sekeliling, saya menariknya ke belakang gerai untuk bertanya sendiri, apa yang dia tidak puas hati sehingga bertindak sedemikian rupa.
"Apatah lagi setiap kali lalu di hadapan gerai, dia menyumpah seranah dan menendang troli. Sedangkan dia tidak tahu troli terbabit bukan saya punya sebaliknya milik orang lain. Sudah tentu pemilik troli itu rasa kurang senang"
Dalam pertemuan itu, kata Lana, Shila menjelaskan rasa tidak puas hatinya terhadap Lana yang kononnya menjaja cerita dan membabitkannya dengan penipuan duit beberapa selebriti yang menyertai bazar di Brunei sehingga penganjur turut terkena tempias.
Tentang isu ini, Lana akhirnya memberitahu bukan dia yang menjaja cerita fitnah tersebut.
"Saya jelaskan kepadanya bahawa bukan saya yang sebarkan cerita itu sebaliknya semua selebriti yang terbabit dalam bazar di Brunei tahu apa yang berlaku. Malah mereka bercerita sesama sendiri. Saya ada bukti untuk menyangkal tuduhan itu termasuklah perbualan bersama penganjur yang mengadu masalah yang ditimbulkannya."
"Dia juga mengugut mahu menyaman saya. Terus terang, saya tak gentar kerana ada bukti. Malah, penganjur di Brunei bersedia untuk tampil sebagai saksi bagi menjelaskan masalah yang ditimbulkan Norshila"
Itulah penjelasan dari pihak Lana Nordin.
Sumber: mStar / Harian Metro
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon